Quantcast
Channel: Mata Pena Si Hitam
Viewing all 555 articles
Browse latest View live

Piala Dunia 2018: Mesir.

$
0
0

Piala Dunia 2018: Mesir.

Revolusi Mesir 25, Januari 2011.

Rostam berdiri pegun di jendela asramanya. Di hadapanya rimbun pepohon kurma dipanah mentari. Dia merenung jauh melihat segerombolan umat Mesir berarak ke sana-sini. Pandangannya penuh dengan api perjuangan. Dia menoleh ke belakang. Terlihat kawan sekampungya sedang tergopoh-gapah mengemas pakaian serba ringkas untuk dibawa pulang ke Malaysia. Atas arahan kerajaan Malaysia yang aman damai dan bencikan kekecohan, maka pelajar Malaysia harus dibawa pulang sesegera mungkin sehinggalah segalanya pulih di Mesir.

"Kau balik dulu. Kau balik Malaysia dulu. Nanti sampai negara JDT sana kau kirimkan salam aku pada Mak Ayah aku ye Rahman."

"Macam mana dengan makwe kau nanti? Sabariah Imani? Kalau-kalau engkau mati nanti, boleh tak aku amek beliau jadi bini?"

Guraun Rahman tidak disambut dengan mesra oleh Rostam. Wajahnya masam mencuka. Pandangan matanya masih sama seperti tadi, penuh dengan api perjuangan. Satu keluhan maha berat dilepaskan di dalam rengkung.

Rostam nekad untuk tidak turut serta bersama belasan ribu pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir ke Malaysia dengan menggunakan pesawat Hercules C-130. Hari ini dia akan turun ke Dataran Tahrir untuk menengok sendiri dengan biji matanya keruntuhan kerajaan Hosni Mubarak. Dijangkakan juga Wael Ghonim akan berucap dengan nada berkobar-kobar. Dan itulah kali terakhir sebenarnya Rahman berbual dengan Rostam. Sejak dari itu Rostam telah hilang bersama sejarah Revolusi Mesir dan Arab Spring. Tiada Siapa pun tahu ke mana perginya Rostam. Di mana pun Rostam berada, moga beliau tenang sentiasa. Barangkali Rahman juga sudah selamat bernikah dengan Sabariah Imani di Dewan Felda Jengka sana.

Mengimbau tanggal 25 Januari, ia adalah merupakan titik penting dalam sejarah moden Mesir. Pada hari ini bekas diktator, Housni Mubarak, untuk pertama kalinya melihat sendiri amarah rakyat. Lebih dari 100,000 pendemostransi berkumpul di Kairo, Alexandria, Suez dan serata kota-kota besar di Mesir.

"Rakyat menuntut kejatuhan rejim Mubarak," begitulah bunyi contengan di dinding-dinding kota serata Mesir pada bulan Januari 2011 yang lalu. Kira-kira 6 tahun yang lepas.


Kejayaan Bola Sepak Mesir.

Berdasarkan rekod FIFA, ini adalah kali ke-3 Mesir layak ke Piala Dunia. Kali pertama adalah pada tahun tahun 1934. Manakala pada tahun 1990 mereka layak untuk buat kali yang kedua. Pada tahun ini mereka berjaya seri dalam 2 perlawanan menentang Republic of Ireland dan Belanda. Namun tewas kepada England dalam perlawanan terakhir. Tamat kejohanan ini Mesir berada di tangga tercorot dengan 2 mata sahaja.

Jonas Salk pernah berkata 'The reward for work well done is the oppurtunity to do more'.

Maka dengan itu, usai 12 jam kejayaan layak ke Piala Dunia 2018 di Russia, Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi mengumumkan bonus $US85,000 kepada setiap pemain. Dah macam perangai Malaysia. Menang sikit bagi tanah. Menang dengan Hong Kong janji nak bagi duit. Menang Piala AFF dapat pangkat Datuk. Begitulah bola sepak dan ganjaran. Sukar untuk dipisahkan.


Regim Mohamed Salah

Selepas 28 tahun sangap Piala Dunia, akhirnya mereka berjaya layak dan akan berlaga keting dengan pasukan handalan dunia yang lain di Russia - kecuali Malaysia. Mujur kejayaan Piala Afrika banyak mereka kecapi senggang mereka sunyi dari Piala Dunia. Ada jugaklah gula-gula untuk rakyat mereka. Bukan macam Malaysia, satu apa piala pun takde. Gula-gula buat taik gigi pun tak dapat bagi. Heh!

Tidak syak lagi Mohamed Salah akan mengetuai generasi baru Mesir di Piala Dunia tahun hadapan bersama-sama El Nenny dan Ahmed Hegazi antaranya. Juga beberapa muka veteran dalam pasukan ini seperti penjaga gol mereka, El-Hadary yang akan berusia 45 tahun apabila Piala Dunia berlangsung di Russia kelak. Dan apa yang lebih menarik ialah El-Hadary diakui oleh Didier Drogba sebagai antara lawan terbaik yang pernah dihadapinya.

Berbalik semula kepada perihal Mohamed Salah tadi. Dalam satu temubual selepas membantu Mesir layak ke Piala Dunia, dengan nafas turun naik dia berkata:

"Kami dengan ini sudah bersedia untuk membanggakan seluruh umat Mesir dan Afrika. Inilah hadiah dari kami untuk 100 juta rakyat Mesir yang bersama-sama sabar serta tenang dengan kami selama 28 tahun lamanya. Terima kasih."

Siapa Tak Kenal Hector Cuper Dia Ketiak Itam.

Héctor Cúper tiba di Mesir dengan reputasi gah dan mempunyai pengalaman luas melatih pasukan terkemuka seperti Inter Milan dan Valencia. Tidak seperti Malaysia yang menggaji entah siapa-siapa untuk pasukan bola sepaknya. Selepas di google barulah kita tahun siapakah sosok dari Portugis itu.

Héctor Cúper dikatakan mendapat slip gaji sebanyak $65,000 sebulan. Jadi sudah tentulah membawa Mesir ke Piala Dunia adalah sasaran utama FA Mesir. Dan apa yang lebih manis dia akhirnya berjaya melaksanakan tugasan ini.

Sebelum perlawanan menentang Congo, Héctor Cúper dipercayai diberi rawatan tekanan darah tinggi. Mungkin akibat tekanan yang melampau menjelang pertemuan dengan Congo.

Walaubagaimanapun nama Héctor Cúper kini sudah terlipat dalam sejarah bola sepak Mesir. Bolehlah beliau berehat dengan tenang dan fokus pada Piala Dunia 2018 nanti.



Dari Kaki Ke Pena Hitam: 2050

$
0
0


Dari Kaki Ke Pena Hitam: 2050

Selepas Malaysia secara rasmi terlepas aksi Piala Asia, aku tidak berasa apa. Sedih tidak. Gembira pun tidak. Apa yang aku buat ialah makan nasik dengan lauk ikan tenggiri asam pedas seperti tiada apa musibah yang menimpa negara. Mungkin kerana sudah terlalu biasa dengan kekalahan. Aku menjadi lali. Tidak lut. Aku menengok sendiri pelbagai reaksi dilepaskan oleh seluruh umat Malaysia. Pecat Vingada. Amek pemain kacukan. Presiden FAM sila letak jawatan. Ambil segera jurulatih tempatan. Bila Irfan Bakti nak latih Malaysia? Ya, aku yakin ini semua adalah jenis desakan segera yang mahukan kejayaan segera. Aku secara peribadi pula merasakan semua ini perlu ditahan terlebih dahulu. Kenapa?

Ini kerana liga kita masih perlukan perubahan. Liga kita sakit. Perlu kepada ubat yang sangat handal. Jawapannya ada pada Presiden FAM. Kita berilah peluang kepada Presiden FAM yang baru ini untuk membuktikan sesuatu. Diakan power. Cuma aku syak mereka yang mahu Presiden FAM ini meletak jawatan segera mungkin dek kerana meluat dengan perilaku dan perkataan yang kadangkala keluar dari mulut beliau. Ya, aku juga kadangkala kecewa dengan beberapa tindakan beliau yang aku rasakan tak perlu pun menggelabah ayam keluarkan video yang tak patut-patut. Teruskan fokus pada bola sepak negara. Bola sepak negeri tu bagilah orang lain buat. Ye tak?

Dahulu aku pernah menulis tak henti-henti pasal Soltan Bola, mengharap beliau meletakkan jawatan, dan diganti dengan seorang muda yang lebih bersemangat dan bercita-cita tinggi. Nah. Sekarang kita sudah ada Presiden FAM yang power resume negerinya. Masa inilah kita perlu bagi sokongan sepadunya. Lagipun Kementerian sudah menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia 2050. Ini benda bukan main-main. Ia perlukan sokongan ramai. Jika kita cintakan bola sepak, kita perlu bersama misi negara ini. Jadi buat masa ini, aku masih beranggapan Vingada perlu dikekalkan. Presiden FAM pun perlu diberi peluang. Cuma Vingada ni agak berusia bagi aku. Kalau dapat yang muda macam Villa-Boas tu sedap jugak. Harapan akulah. Kau orang pulak?

Sejak aku mula mengenali bola sepak, Malaysia tidak pernah ketandusan bakat muda. Tak perlulah aku ulang pasal ni. Aku dah pernah tulis lama dahulu. Jadi aku harap semua baka baik bola sepak sekarang ini akan bermain di liga yang lebih mantap dan hebat pada masa hadapan. Dan aku rasa inilah peranan yang sedang dimainkan oleh Football Malaysia LLP. Dengan pemantauan garang dan rapi dari Presiden FAM, kita bolehlah memasang sedikit harapan kepada masa depan bola sepak Malaysia. Setiap masa pun nak fikir negatif, payah jugak.

Satu perkara yang menggembirakan aku ialah orang politik politaik dalam bola sepak Malaysia sudah mula berasa gerun. Setiap gerak-geri perilaku mereka sentiasa dipantau oleh Presiden FAM. Tiada ruang untuk memenuhkan kantung peribadi lagi. Padan muka. Lama sangat hidup selesa dengan makan duit kerajaan negeri yang disalurkan ke bola sepak. Duit ADUN kau amek. Duit exco itu ini. Puih! Kalau tak selesa dan gembira, letak jawatan. Bagi mereka yang betul-betul ikhlas menguruskan bola sepak negeri. Aku cukup pantang jenis Menteri Besar yang menempel dekat Stadium cuma pada perlawanan akhir. Muat naik status facebook bagi ucap selamat berjuang macam dialah punca bola sepak negeri dia power. Ehhhhhhhh...Geram aku.

Sudahlah. Sebelum aku marah-marah tak tentu arah, baik aku berhenti menaip sekarang. Mana nak makan nasik lemak sedap malam-malam gini?

Ramalan: Bola sepak Malaysia sudah bertukar ketua. Kini aku harap Liga Malaysia berubah wajah. Apabila liga kita power, pemain yang power nak mampos akan muncul mencanak. Tapi aku risau jugak bila Presiden FAM umumkan 5 pemain import untuk tahun hadapan. Ermmmmmmmsss.

Piala Dunia 2018: Sepanyol

$
0
0

Piala Dunia 2018:Sepanyol

4-6-0.

Pernah pada satu ketika, Negara Malaysia bergegar dengan berita jurulatih bola sepak mereka, Vingada mengumumkan akan menggunakan formasi 4-6-0 semasa bertemu dengan Hong Kong. Makanya Safiq Rahim pun diumumkan untuk menjadi 'false 9'. Selepas aku mendengar berita ini, aku secara peribadi berdekah-dekah di dalam jamban. Adakah ini satu bentuk penghinaan secara halus ala freemason kepada pasukan bola sepak handal - Sepanyol?

Semestinya ada antara kita masih ingat yang taktikal ini telah dipopularkan oleh Sepanyol sekitar tahun 2012 dahulu. Ya, ia dipopularkan oleh Sepanyol. Tetapi dihancurkan begitu sahaja tanpa bersalah oleh Malaysia. Gila. Dan ingin aku tegaskan sekali lagi, ia adalah penghinaan kepada bola sepak Sepanyol.

Jika pasukan Malaysia menjadikan Safiq Rahim sebagai 'false 9', Sepanyol ketika itu memilih Fabregas. Adakah ini maknanya Safiq Rahim setanding dengan Fabregas? Kahkahkah..

Okay, kita abaikan 4-6-0 versi Vingada buat sementara waktu. Mari kita kembali bercakap tentang pasukan Sepanyol.

Sepanyol sebenarnya semasa Piala Eropah 2012 sedang mengalami krisis ketiadaan penyerang yang jitu. Prestasi terumbang ambing Torres disulami ketiadaan David Villa yang cedera. Ketika Sepanyol mengamalkan taktikal ini, perlawanan yang melibatkan mereka amatlah bosan. Ini kerana kurangnya cubaan ke arah gol dek kerana mereka lebih mengutamakan penguasaan bola. Kalau menang pun cumalah satu gol sahaja. Bosan pun bosanlah. Janji menang. Ini dahlah kau tahan bola pun berterabur di kaki. Nak menang jauh sekali.

Pada Piala Dunia 2018 nanti bagaimanakah pula corak permainan pasukan Sepanyol yang serba handal bermain bola sepak ini? Filosopi bola sepak Sepanyol pernah gah, makmur dan harmoni dengan tiki takanya. Sebelum ia diterajang masuk ke dalam kubur pada Piala Dunia 2014 yang lepas.

Sudah tentu kita tidak sabar untuk melihat Sepanyol yang baru. Pasukan lemah seperti Jerman, Brazil, England dan Argentina pula pastinya berebut-rebut untuk bertemu Sepanyol di perlawanan akhir. Heh!

Penampilan Terakhir Sepanyol Sebagai Sepanyol?

Catalonia sudah berjaya keluar dari Sepanyol. Secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada pasukan bola sepak Sepanyol. Nama-nama seperti Sergio Roberto, Gerrard Pique, Marc Bartra, Jordi Alba, Sergio Busquets, Cesc Fabregas dan Ballerin antaranya akan lenyap dari pasukan Sepanyol. Yang tinggal dalam pasukan Sepanyol pula ialah De Gea, Sergio Ramos, Carvajal, Monreal, Thiago Alcantara, Isco, Saul, Ander Herrera, David Silva dan Morata.

Di atas kertas kelihatan setara sahaja kekuatan kedua pasukan. Namun begitu, apa yang mengagumkan ialah, walaupun mereka di dalam konflik semasa ini, pasukan Sepanyol masih boleh bersatu bermain dalam satu unit yang kukuh sehingga mereka sekali lagi layak ke Piala Dunia 2018 tanpa ada masalah yang besar. Ini termasuk menewaskan Itali dalam perlawanan kelayakan sekaligus menamatkan rekod pasukan Azzurri yang tidak kalah selama 11 tahun dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Eropah. Ampuh.

Julen Lopetegui

Sebelum aku menggunakan google, terus terang aku tak berapa tahu sangat profil beliau selaku pemain bola sepak. Figura ini hanya aku tahu telah membawa pasukan bawah 19 dan 21 tahun pasukan Sepanyol menawan Eropah.

Antara pemain yang pernah bekerja bersama beliau ketika itu adalah Paco Alcácer, Suso, Jese, Gerard Deulofeu, David de Gea, Marc Bartra, Martín Montoya, Isco, Asier Illarramendi, Koke, Thiago Alcantara, Morata dan Rodrigo. Melihat nama-nama ini terbuktilah kenapa FA Sepanyol memilih beliau untuk menggantikan Vicente del Bosque.

Ini kerana kesinambungan hubungan antara pemain dan jurulatih sebenarnya amat penting. Lagi-lagi selepas apa yang berlaku kepada Sepanyol dalam Piala Dunia 2014 yang lalu, serta kegagalan mereka mempertahankan Piala Eropah 2016.

Setakat ini Julen Lopetegui adalah individu yang paling tepat untuk memberi kesegaran dalam pasukan Sepenyol sekaligus memacu Sepanyol semula ke puncak dunia.

Piala Dunia 2018: Iran

$
0
0
Piala Dunia 2018: Iran


Lagenda.

Semasa aku kecil dahulu, aku membesar dengan mengenali nama-nama pemain bola sepak lagenda Iran seperti Karim Bagheri, Khodadad Azizi, Mehdi Mahdavikia, Ali Karimi dan semestinya Ali Daei

Karim Bagheri dan Khodadad Azizi diingati dengan membantu Iran layak ke Piala Dunia pada tahun 1998 menyingkirkan Australia. Mehdi Mahdavikia pula menyinar di Bundesliga dengan 2 kali dinamakan sebagai pemain terbaik liga. Ali Karimi pernah digelar sebagai Maradona Asia dek kerana kelincahannya menggelek bola. Manakala sesiapa yang tidak kenal kepada Ali Daei, dipersilakan pergi meninggal sekarang.

Inilah nama-nama permain berkaliber bola sepak Iran ketika mereka berlegar-legar  di Piala Dunia 1998 dan 2006.

Hari ini nama Sardar Azmoun pula disebut-sebut sebagai penyelamat dan pembawa maruah Iran yang baru. Iran sudah banyak kali layak ke Piala Dunia. Cuma kita selaku Bangsa Asia masih menunggu Juara Piala Dunia yang datangnya dari benua ini. Mungkinkah Iran adalah calonnya?


Kuasa Asia Yang Baru.

Selain Syiah, Perang Iran-Iraq, dan makwe-makwe yang ‘hot’, apakah lagi yang kita tahu tentang negara yang terkenal dengan perindustrian petroleum ini? Ya, betol. Kita tahu mereka mempunyai sebuah pasukan bola sepak yang jauh hebat berbanding Malaysia yang mengamalkan Ahlussunnah Wal Jamaah.

Ketika ini (October 2017) Iran merupakan pasukan terbaik di Asia dalam ranking FIFA. Namun secara keseluruhannya Iran jatuh sembilan anak tangga untuk menduduki tangga ke-34 dunia

Di rantau Asia, pasukan Iran memiliki reputasi yang sangat membanggakan. Sebagai contoh, untuk Piala Asia sahaja mereka sudah layak 14 kali (termasuk 2019) dan muncul juara 3 kali berturut-turut pada edisi tahun 1968, 1972 dan 1976. Manakala bagi Piala Dunia pula, mereka bermain pada edisi 1978, 1998, 2006, 2014 dan 2018.

Pada tanggal 13 Jun 2017, Iran muncul pasukan ketiga layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas menang ke atas Uzbekistan 2-0 di Tehran. Dua gol menerusi pemain bintang mereka Sardar Kazmoun dan Mehdi Taremi sudah cukup buat skuad bimbingan Carlos Queiroz itu mara menerusi saingan Kumpulan A biar pun masih ada baki dua lagi perlawanan. Power nak mampos.


Carlos Quieroz

Jodoh terumbang-ambing Carlos Quieroz dengan pasukan Iran sememangnya bukan perkara yang boleh disorok-sorok. 6 tahun adalah satu tempoh yang agak lama bagi seorang jurulatih asing di negara Asia. Dan jika ia diterjemahkan dalam bentuk hubungan perkahwinan, sudah tentu tahun depan anak mereka akan masuk ke sekolah rendah. Selama 6 tahun inilah juga pelbagai pahit manis dilalui termasuk beberapa kali mahu meletakkan jawatan.

Apa yang beliau lakukan kepada pasukan Iran ini wajar diberikan kredit. Mereka melalui pelbagai kekangan termasuk sukar mendapatkan lawan untuk aksi persahabatan kelas A dek kerana perbezaan politik. Namun ini bukanlah alasan utama untuk Iran tunduk apabila bertemu negara asia yang lain dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Tahniah Carlos Quieroz! (berdiri dan menepuk tangan). Walaupun kerjayanya di Eropah gagal menyerlah. Namun aku berani meletakkan nama beliau sebaris dengan Philippe Troussier, Carlos Alberto Parreira dan Guus Hiddink. Di mana pula kedudukan Vingada?

Piala Dunia 2018: England.

$
0
0

Piala Dunia 2018: England.

Kenangan

6, October 2001 | Old Trafford.

Ketinggalan 2-1 menentang Greece pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002. England memerlukan menang ataupun seri. Pada minit ke-93 Greece memberikan sepakan percuma kepada England betul-betul 27 meter dari gol mereka. Ia seolah-olah petanda rezeki yang turun dari langit buat Three Lions.

Beckham selaku ketua pasukan mara untuk mengambil sepakan percuma tersebut. Seluruh stadium senyap bagaikan di rumah mayat. Beckham dengan tenang seperti rutinnya melepaskan satu sepakan percuma yang tak terjangkau oleh penjaga gol Greece. Bola menerjah jaring. Old Trafford bergegar dengan sorak-sorai peminat England. Bingit. England berjaya menyamakan kedudukan dan layak secara automatik selaku juara kumpulan. Meletakkan Jerman sebagai naib juara.

Beckham meraikan gol tersebut dengan penuh bergaya. Emile Heskey, Rio Ferdinand, Martin Keown antara pemain yang meluru meraikan gol tersebut bersama ketua pasukan England yang berpengaruh itu.

16 tahun berlalu...dan mungkin inilah antara momen yang terbaik untuk dijadikan kenangan buat semua peminat setia pasukan bola sepak England.

Menjejak Juara

Semasa aku menulis tentang pasukan England ini, pasukan bola sepak Malaysia baru sahaja gagal layak ke Piala Asia secara rasmi dan Itali pula terlepas aksi Piala Dunia buat pertama kalinya dalam tempoh 60 tahun. Marilah kita bertafakur barang sejenak mengenangkan peristiwa sedih nak mampos ini. Pejam mata dan diam.....

Okay done. Mari kita sambung bercerita tentang pasukan England.

England datang lagi. Mampir sekali lagi ke Piala Dunia buat kali ke-6 berturut-turut yang mana kali terakhir mereka gagal ialah pada tahun 1994. Secara jumlahnya sudah 14 Piala Dunia yang mereka harungi. Untuk edisi 2018 ini juga seperti kebiasaannya England dengan mudah melayakan diri. Menjuarai kumpulan F Zon Eropah dengan 8 kemenangan, 2 seri dan tiada kekalahan. Mengumpul 26 mata meninggalkan Slovenia di tempat ke-2 dengan 18 mata. 

Dahsyat juga England bila pusingan kelayakan ni. Tapi bila tiba kejohanan sebenar, mulalah menggelabah ayam. Ingatkah kita pada Piala Dunia 2014, apabila England tersingkir hanya selepas dua perlawanan yang mereka lalui? Lemah. 

Peminat bola sepak juga sudah tentu tahu yang pasukan England ini hanya gah pada reputasi, tetapi tidak pada prestasi. Ini terbukti apabila England masih gagal memenangi Piala Dunia sejak kali terakhir melakukannya pada 1966 di laman sendiri. Pemain bintang silih berganti. Jurulatih bertukar ganti. Kejayaan Piala Dunia masih tercari-cari. Adakah tahun 2018 akan jadi milik England?

Liga Iggeris juga begitu sebati dengan darah daging kita semua dek kerana kesan penjajahan British ke atas negara yang aman damai ini. Munculnya ramai pendukung kelab bola sepak Inggeris juga bukanlah lagi perkara rahsia. Ramai mengaku menganut Manchester United, Liverpool, Spurs, Chelsea dan Arsenal. Tentu sekali kita sukar untuk mengumpulkan peminat setia Bayern Munich, Valencia, Boca Juniors, Flamengo dan Paris Saint Germain. Itulah uniknya sokongan Bani Malaysia ke atas kelab-kelab Inggeris.

Malangnya apabila Piala Dunia muncul 4 tahun sekali, mereka ini semua mula menjauhi pasukan England dan mula menyatakan sokongan padu kepada Jerman, Sepanyol, Brazil, Argentina mahupun Perancis. Adakah mereka semua ini sedar akan terhadnya kekuatan pasukan bola sepak England?

Mungkin mereka ini tahu yang pasukan England masih tidak mampu menjadi pasukan yang digeruni. Gahnya kelab-kelab Inggeris dari segi sokongan dan kerancakan liga mereka bukanlah kunci utama yang akan membawa England kepada gelaran Piala Dunia yang kedua buat mereka. Kau percaya tak apa yang aku cakap ni? Hah?

Tahun ini tahun England

Walaupun begitu, skuad bola sepak England pada peringkat umur bawahan telah menegecapi banyak kejayaan pada tahun 2017. Pada tahun 2017 sahaja England telah mara ke perlawanan akhir dalam:
  • Euro Bawah-17
  • Euro Bawah -19
  • Euro Bawah -21
  • Piala Dunia Bawah -20
  • Piala Dunia Bawah -17
  • Toulon Tournament.
Adakah England juga akan turut mara ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 di Russia nanti? Sudah tentu TIDAK. Secara peribadi aku berpendapat England masih belum cukup resepi untuk pergi sejauh itu. 

Ketika generasi emas yang membariskan David James, Beckham, Lampard, Gerrard, Ferdinand, Terry, Rooney, Owen, Scholes, A.Cole, G. Neville dan J.Cole pun tidak mampu memberikan gelaran Piala Dunia kepada England. Apatah lagi pasukan yang meletakkan H.Maguire, Joe Gomez, Jack Cork, Livermore, Dominic Solanke dan Tammy Abraham dalam perlawanan pemanas badan untuk Piala Dunia?



Gareth Southgate

Satu sahaja kenangan yang aku ingat tentang beliau. Mari aku ceritakan.
Piala Eropah 1996 di England telah membawa pasukan Three Lions ini sejauh separuh akhir yang menemukan mereka dengan musuh tradisi iaitu Jerman. Malam sejuta keterujaan. Stadium penuh dengan 76,000 penonton bersesak-sesak ke Stadium Wembley. Perlawanan yang berkelas tinggi ini juga ditonton secara domestik di televisyen dengan 26 juta umat terpacak di serata bar sekitar England. Dan ia sebenarnya akan menjadi perlawanan yang tidak akan dilupakan oleh peminat-peminat England.

England menggegar gawang seawal minit-3 dengan Alan Shearer melepaskan tandukan tipikalnya, disudahkan dengan gaya keraian seperti kebiasaan. Seluruh Wembley bergegar. Malangnya tidak lama selepas itu, Stefan Kuntz menyamakan kedudukan pada minit-16. Wembley senyap bagaikan dewan peperiksaan.

Perlawanan diheret ke masa tambahan. Kedudukan kekal 0-0 dan pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Kesemua pemain Jerman dan England berjaya menyempurkan 5 sepakan penalti.

Tibalah giliran Southgate mengambil sepakan penalti sudden-death. Bola diletakkan di tengah dengan penuh tenang. Beberapa langkah diambil sehingga sedikit terkeluar dariapda kotak penalti. Fikiran Southgate kini tenang dan fokus 70%. Lagi baki 30% tidak tahu hanyut ke mana. Southgate melakukan larian seperti bersiar-siar di pasaraya Harrods. Pegawai kejurulatihan pasukan England mula tidak sedap hati. Berjayakan pemain jersi nombor 6 ini menyelamatkan England?

"Zaaaaaaaaaaaaas."

Satu sepakan penalti yang lemah dilepaskan Southgate. Mudah diselamatkan Andy Kopke - Lagenda Jerman. Kini seluruh Stadium gempita dengan sorak sorai pendukun setia pasukan Die Mannschaft. Terry Venables menggigit jari di tepi padang.

Kemudian Andreas Moller pula menjarinkan penalti untuk Jerman dan mencalarkan maruah England di laman mereka sendiri. Begitulah Garerth Southgate yang aku kenal.







Piala Dunia 2018: Perancis.

$
0
0

Piala Dunia 2018: Perancis.

Lagu Heartbreaker dari Led Zeppelin berirama gempita mengiringi hujan renyai di luar rumah aku. Membuatkan semangat bola sepak aku mendadak naik. Lantas jari-jemari aku rancak lincah menari di papan kekunci tanpa ada sempadan dan larangan.

Namun fikiran aku sedikit terganggu apabila teringatkan kejadian Pengeboman Paris pada tahun 2015. Letupan pertama kedengaran berhampiran stadium Stade de France 20 minit selepas perlawanan persahabatan antara Perancis dengan Jerman berlangsung. Seluruh stadium menjadi panik. Mengingatkan kejadian ini, aku mengeluh perlahan. Oh Stade de France! - Stadium yang menyimpan sejarah manis buat bola sepak Perancis.

Stade de France pernah menjadi saksi bermulanya era kegemilangan bola sepak Perancis. Tanggal 12 Julai 1998 lembaran baru terbuka buat Les Bleus dalam sejarah bola sepak dunia.

Sebelum tamatnya Piala Dunia 1998, susah untuk kita dengar seseorang itu menyokong pasukan Perancis. Ini kerana pencapaian mereka yang tidak seberapa di peringkat dunia dan eropah.

Selepas menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1986, Perancis gagal layak ke Piala Dunia 1990. Ciaaaaan. Piala Dunia 1994 lagilah harok. Mereka juga gagal layak dan dikecewakan saat akhir dalam perlawanan cukup bergelora menentang Bulgaria. Begitulah lebih kurang serba sedikit pencapaian Piala Dunia pasukan Perancis yang boleh disimpulkan.


Perancis Menawan Dunia.

Namun segalanya berubah selepas kejayaan Perancis menewaskan Brazil 3-0 di Stade de France. Status suam-suam kuku dalam kejohanan Piala Dunia berjaya mereka tanamkan ke dalam kubur kenangan.

Kejuaraan Piala Eropah 1984 dan Emas Olimpik kini beroleh teman di dalam almari Piala Persatuan Bola Sepak Perancis. Secara global juga imej pasukan bola sepak Perancis melonjak naik tak terkalahkan.

Aku masih ingat lagi pasca kejayaan Perancis di Piala Dunia 1998, apabila turun bermain bola petang-petang bersama rakan sepermainan, kami mula menyebut nama-nama seperti Barthez, Desailly, Thuram, Petit, Blanc, Zidane dan Karembeu antaranya.

Fabien Barthez suatu ketika dahulu dikenali sebagai penjaga gol yang gemar memakai nombor enam belas pada jersinya. Ia melawan arus perdana penjaga gol yang biasanya menggunakan nombor satu, dua belas ataupun dua puluh dua. Dengan imej botak licin. Kelincahan Barthez ketika itu amat memukau. Beliau ditemani Laurent Blanc yang tidak akan terlepas untuk mencium kepala botak licinnya. Juga Lilian Thuram 'Le Philosophe' secara berjemaah dengan Marcel Desailly 'Si Tembok Besor' menjadi tulang belakang pasukan Perancis ketika itu.

Petit tenang mengawal ruang tengah bersama Zidane. Bersilih ganti tugasannya dengan Karembeu - Pemaain yang berasal dari New Caledonia, berketurunan etnik Kanak dari rumpun Malayo-Polynesia. Christian Karembeu juga mempunyai seorang isteri yang hot. Kau cubalah google.

Ramuan semua pemain ini akhirnya memberikan Piala Dunia pertama buat pasukan Perancis. Dua gol dari Zidane, satu gol daripada Petit membungkam hati seluruh peminat pasukan Brazil di serata dunia. Sambutan keraian ini dikatakan lebih dahsyat beremosi daripada Revolusi Perancis itu sendiri.

Dua tahun kemudian, Perancis melengkapkan kejayaan berganda apabila menjuarai Piala Eropah 2000 menewaskan Itali. Kini nama-nama seperti Thierry Henry, David Trezeguet, Robert Pires, Sylvain Wiltord dan Patrick Vieira pula mula meniti di setiap bibir peminat bola sepak dunia dan Arsenal. Hekeleeeeh...


Generasi Baru

Ramai yang berpendapat kejayaan pasukan Perancis ini berpunca daripada kehadiran pemain dengan latar keturunan yang pelbagai. Semasa Perancis menjuarai Piala Dunia 1998, pasukan mereka dilabel sebagai The Black, Blanc and Beur (Hitam, Putih, Arab). Ini kerana majoriti daripada mereka adalah berketurunan atau berdarah luar daripada Perancis.  Antaranya dari Guadeloupe, Martinique, Algeria, Argentina, Senegal, Poland, Portugal dan Ghana.

Itu kisah lama. Bagaimana pula dengan generasi pemain yang baru? Adakah giliran Griezmann, Mbappe ataupun Pogba mengetuai kejayaan pasukan Perancis?

Griezmann walaupun reputasinya tidak gah seperti Zidane, namun beliau mendapat kepercayaan Deschamps apabila taktikal pasukan Percancis dibina dalam lingkaran beliau. Hasilnya Griezmann menyumbat 6 gol dan membawa Perancis ke Piala Dunia 2018.

Selain itu Perancis juga boleh menyandarkan harapan kepada Paul Pogba, Kylian Mbappe sambil mungkin boleh dibantu secara berjemaah oleh Raphael Varane, N'Golo Kante, Thomas Lemar atau Ousmane Dembele. Jadi generasi emas era baru pasukan Perancis ini mungkin berpeluang menjadi Juara Piala Dunia yang baru selepas mereka begitu hampir menjuarai Piala Eropah 2016 yang lepas.


Didier Dechamps Yang Bertuah

Jika kita melihat limpahan pemain Perancis ketika ini, istilah bertuah sememangnya tepat untuk bekas pemain Chelsea ini. Setiap posisi dalam skuad Perancis ketika ada lebih kurang 2 atau 3 pemain. Sebagai contoh di bahagian tengah Perancis mempunyai Pogba, N'zonzi, Bakayoko, Sissoko, Kante, Matuidi, Rabiot ataupun Tolisso. Fuuuuuh...

Tetapi bakat sahaja tidak mencukupi. Dechamps perlu memikirkan bagaimana untuk menanam semangat kerjasama dalam pasukan Perancis. Dengan pelbagai latar pasukan kelab yang mereka semua wakili, tidak banyak tetapi mungkin akan wujud sedikit ego dalam diri pemain. Keharmonian dalam pasukan adalah sangat penting. Mungkin inilah sebabnya Dechamps berterusan meminggirkan Benzema. Tetapi apakah keperluan Benzema di sini apabila Perancis memiliki Penyerang Terbaik Dunia - Giroud.

Selamat berjaya buat Didier Dechamps Si Lagenda Chelsea Yang Power.

Piala Dunia 2018: Russia

$
0
0







Piala Dunia 2018: Russia


Kesetiaan Kepada Russia Dan Negara.


Usman leka menengok youtube perlawanan bola sepak Piala Dunia 1998 antara Argentina dengan Belanda. Ternganga mulut beliau apabila terlihat kelibat Bergkamp mengawal bola dengan tenang. Membuat bantuan gol dengan tandukan cermat kepada Patrick Kluivert. 

Tidak dinafikan ini adalah pasukan terbaik Belanda yang pernah wujud. Namun tiada gelaran utama yang dijamah mereka. Peminat bola sepak dunia menggelar mereka sebagai 'The Great Forgotten Dutch Team'. Van Der Sar, Jaap Stam, Cocu, Edgar Davids yang berkaca mata, Bergkamp, Ovemars, Patrick Kluivert, De Boer bersaudara. Aaaah...senarainya amat panjang. Jadi, apabila Belanda meletakkan harapan kepada pemain seperti Ryan Babel untuk menyelamatkan kempen kelayakan Piala Dunia mereka, kita sudah tahu apa penamatnya. Gagal.

"Woih Usman! Kau nengok filem Cameron Diaz ke tu? Sampai meleleh air liur," tegur Jalil dari belakang. Suaranya agak garau. Selsema yang menyerang masih belum hilang. Lendir pekat menyekat di kotak suara. Kalau tarik lagu Kamelia Sweet Charity mesti sedap.

Usman tidak menjawab. Satu jelingan tajam dilepaskan kepada rakan sekerjanya itu. Jalil menarik kerusi duduk di sebelah Usman. Desau nafasnya kedengaran kasar melewati rongga rengkungan.

"Oh, bola rupanya. Aku sokong Russia tahun ni sebab Belanda dah tak layak," Jalil membuat kenyataan tanpa perlu disoal.

"Aaah engkau ni Jalil. Pendirian tak pernah tetap. Dulu lepas Kurt Cobain mati, kelam kabut ko sokong Anuar Zain. Sekarang ni apa alasan kau sokong Russia pulak tahun depan?" Usman menduga Jalil dengan soalan bola sepak asas.

"Masa Russia mula membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia untuk kali yang pertama, mereka berada pada situasi yang sedap selepas layak ke peringkat separuh akhir Piala Eropah 2008. Namun kini situasi bola sepak Russia sudah banyak berubah. Russia selepas itu telah gagal melepasi semua peringkat kumpulan dalam kejohanan besar seperti Piala Dunia, Piala Eropah dan Piala Konfederasi yang baru lepas. Tiada kelebihan buat mereka kali ini melainkan hanyalah status sebagai tuan rumah. Semangat dan sokongan dari rakyat tempatan amat penting untuk mengembalikan semula kepercayaan umat Russia kepada pasukan bola sepak mereka," Jalil berhenti bercakap dan menghirup air kopi yang berada di tangannya tadi. Kopi Starbuck yang tertulis nama Jalal di tepi bekasnya. Ejaan nama yang salah. Tapi Jalil tak kisah. Jalil okay. Jalil kemudiannya menyambung percakapannya semula.

"Kempen Piala Dunia mereka di Brazil empat tahun yang lalu pun tak berapa sedap. Seri dua perlawanan dengan Korea Selatan dan Algeria. Tewas kepada Belgium meletakkan Russia di tangga ketiga kumpulan H. Lapan tahun sebelum itu pula mereka terkandas di perlawanan penentuan kepada Slovenia untuk ke Afrika Selatan."

"Dah tu, rajin pulak ko nak sokong Russia ni kenapa?" Usman kembali menyoal Jalil sambil jarinya sibuk menaip laporan harian serangan cyber ke atas syarikat perbankan mereka. Tetingkap youtube sudah di'minimize'kan. Takut-takut bos lalu, susah pulak nanti.

"Aku yakin dengan Stanislav Cherchesov. Dia mengambil alih pasukan Russia selepas satu kempen Piala Eropah 2016 yang amat teruk. Bekas penjaga gol ini banyak melakukan perubahan di bahagian pertahanan. Beliau membawa Viktor Vasin dari CSKA, Fedor Kudryashov dari Rubin Kazan dan Georgi Dzhikiya dari Spartak Moscow menggantikan Sergei Ignashevich dan Vasily Berezutski. Beliau turut meletakkan tiga orang pemain pertahanan berbanding empat orang sebelum ini. Wujud juga sedikit kontroversi apabila Cherchesov berterusan menyisihkan Igor Denisov yang merupakan antara pemain tengah bertahan terbaik di Russia dek kerana perselisihan faham mereka berdua ketika di Dynamo Moscow. Sementara itu barisan serangan Russia pula amat impresif. Alan Dzagoev masih lagi tajam di depan gol. Fyodor Smolov ketika ini sedang 'on-form' sehinggakan menarik minat Real Madrid. Begitu juga dengan Aleksandr Kokorin yang sudah menjaringkan 10 gol untuk musim 2017/18," terang Jalil panjang lebar. Seolah-olah pasukan Russia ini duduknya bersebelahan dengan rumahnya sahaja.

"Siapa lagi pemain Russia yang ko rasa power nak mampos kali ni?" Usman masih lagi dengan soala-soalan berbaur menduga pemikiran bola sepak Jalil.

"Tumpukan fokus kita nanti kepada pemain kembar Aleksei dan Anton Miranchuk dari pasukan Lokomotiv Moscow dan juga Aleksandr Golovin dari pasukan CSKA. Mereka ini antara pemain yang akan berpeluang melakukan 'breakthroughs' di Piala Dunia tahun hadapan," Jalil seakan yakin dengan pilihan pemain tumpuannya.

"Okay. Itu dari segi pemilihan pemain. Macam mana pula dengan peluang pasukan Russia apabila diletakkan bersama-sama Arab Saudi, Mesir dan Uruguay?" Usman berhenti menaip. Dia menongkat kepalanya sebelah kanan dengan tangannya memandang tepat ke mata Jalil. 

"Aku tak nafikan kurangnya keterujaan apabila melihat nama-nama pasukan dalam kumpulan A ini. Perlawanan pembukaan pula seperti tidak menepati kualiti pertandingan. Pasukan dengan ranking ke-63 dan 65 akan bertarung sesama mereka. Bukankah itu sesuatu yang keji? Namun aku masih percaya Russia mungkin dapat layak sehingga suku akhir. Paling cikai pun separuh akhir," laung Jalil penuh yakin dan bersemangat sambil berdiri tegak seperti askar KGB dalam perbarisan mingguan. Mungkin inilah yang dinamakan sebagai Kesetiaan Kepada Russia Dan Negara.

"Hah! Aku suka semangat engko ni Jalil," Usman akur dan menghormati pilihan Jalil.

"Punyalah beria engko tanya aku pasal Russia ni. Engko pulak sokong pasukan apa Piala Dunia nanti?"

"Aku sokong Malaysia. Kitakan ada Presiden FAM yang power."

"Kahkahkahkahkahkahkah." Berderai ketawa mereka berdua sehinggalah masa pejabat tamat.


Piala Dunia 2018: Uruguay.

$
0
0

Piala Dunia 2018: Uruguay.







Nama Uruguay bukanlah asing dalam bola sepak dunia. 13 penampilan Piala Dunia dengan 2 gelaran menjadi sandaran mereka. Mereka juga tidak pernah ketinggalan bermain di Copa America sejak penjenamaan semula kejohanan tersebut pada tahun 1975. Apa lagi yang perlu kita tahu tentang pasukan Uruguay ini menjelang sepak mula Piala Dunia 2018? Di sini aku terangkan beberapa perkara buat pedoman kita semua selaku pencinta bola sepak. Bacalah dengan berlapang dada dan penuh kesederhanaan.

 
1. Ketika zaman awal tertubuhnya organisasi bola sepak antarabangsa ataupun bersamaan dengan sebelum Perang Dunia Kedua, Uruguay adalah kuasa bola sepak dunia sebenar yang tidak terkalahkan. Malang sekali kini mereka bukan lagi kuasa besar, namun masih lagi sebuah lawan yang merbahaya jika tidak diberi perhatian yang serius.

2. Lama sebelum Piala Dunia diadakan, mereka telah memenangi pingat emas Olimpik 1924 dan 1928. Oleh kerana mereka adalah pasukan terbaik era mereka, Uruguay telah diberi keistimewaan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia 1930 yang pertama, yang mana mereka mudah memenangi perlawanan tersebut mengatasi Argentina. Sayur.

3. Atas sebab-seba politik (seperti biasa politik punya pasal jugalah Malaysia tidak mahu bermain Olimpik Moscow 1980) Uruguay tidak menyertai dua kejohanan Piala Dunia yang berikutnya, namun mereka kembali dengan penuh bergaya pada tahun 1950 apabila melakukan kejutan paling terbesar dalam sejarah kejohanan dengan menewaskan Brazil di Estadio do Maracana untuk menjulang trofi Piala Dunia. Kejayaan ini dikenali sebagai 'Maracanazo'.

4. Pasukan Uruguay pada ketika itu terdiri daripada Juan Schiaffino, Omar Miguez, Victor Andrade, Roque Maspoli di posisi penjaga gol dan si pertahanan Obdulio Varela. Selepas zaman gemilang ini, Uruguay masih lagi berjaya melahirkan pemain seperti Enzo Francescoli pada era 70-an dan juga Alvaro Recoba yang mempunyai statistik PES untuk ketepatan sepakan percuma pada nilai 90. Sedap betul guna Recoba  masa ni kalau ada sepakan percuma.





5. Meskipun mempunyai sejarah cemerlang sekitar tahun 1954 dan 1970, Uruguay akhirnya mengalami zaman kejatuhan mendadak. Pada edisi-edisi yang berikutnya Uruguay jarang muncul di pusingan akhir Piala Dunia. Selepas gagal layak ke Piala Dunia 1994 dan 1998, skuad yang dikenali dengan nama Le Celeste ini membuat penampilan di Piala Dunia 2002 Korea/Jepun. Namun mereka tersingkir di peringkat kumpulan apabila menduduki tempat ke-3 kumpulan A di belakang Denmark dan Senegal. Yang tercorot adalah Perancis. Hihi..

6. Sekali lagi Uruguay gagal mara ke Piala Dunia 2006 di Jerman selepas mereka ditumpaskan oleh Australia dalam satu perlawanan 'play-off'. Malang. Pada penampilan ke-11 mereka di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, satu kebangkitan ditunjukkan oleh Uruguay. Ia seolah-olah telah mengembalikan semula era terdahulu mereka apabila berjaya menduduki tempat ke-4. Siapa boleh melupakan sensasi Diego Forlan apabila beliau mengaut pulang anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan.

7. Kesinambungan ini dicantikkan lagi dengan kehandalan mereka menjulang Copa America pada tahun 2011 di bumi Argentina. Seperti yang kita tahu Uruguay telah menewaskan Paraguay dengan skor 3-0. Bagai seperti yang dijangka oleh semua pihak, secara keseluruhannya Luis Suárez telah terpilih sebagai pemain terbaik Copa America 2011.







8. Namun begitu sejak Copa América 2011, Uruguay telah berjuang untuk mengulangi kecemerlangan mereka di Argentina dan Afrika Selatan. Juara Piala Dunia sebanyak 2 kali ini telah sekali lagi mengalami penurunan mendadak sejak memenangi Copa America 2011. Ciaaaan. Mujur mereka masih mampu layak ke Piala Dunia 2018 dan berjaya menduduki tempat kedua di belakang pasukan Brazil. Ia sekaligus merekodkan penampilan mereka yang ke-13 di Piala Dunia. Hebat. Manakala Edinson Cavani pula muncul sebagai penjaring terbanyak pusingan kelayakan dengan menyumbat 10 gol.

9. Pada pendapat peribadi akulah, kekuatan utama pasukan Uruguay ketika ini adalah barisan serangannya. Si Tuan Jurulatih, Oscar Tabarez akan mempunyai pelbagai pilihan barisan serangan seperti Luis Suarez (Barcelona), Edinson Cavani (PSG), Diego Rolán (Malaga) dan Abel Hernandez (Hull City).

10. Pasukan Uruguay asuhan Oscar Tabarez boleh mengerah yang terbaik daripada Cavani dan Suarez. Walaupun ketika ini mereka bukanlah pada prestasi yang terbaik, tetapi ia masih mampu mendatangkan gusar kepada pertahanan pasukan Russia, Mesir apatah lagi Arab Saudi. Kedua mereka ini adalah wajah utama bola sepak Uruguay untuk tempoh sedekad yang lepas. Duo berbiso ini mempunyai sokongan yang mapan di belakang mereka dengan Diego Codin dan Sebastián Coates mengawal benteng dengan kemas lagi kukuh. Selain Fernando Muslera yang kebal di palang gol.

11. Seperti yang aku cakap tadi, Cavani dan Suarez adalah wajah utama bola sepak Uruguay untuk tempoh sedekad. Ini dikuatkan lagi dengan statistik bahawa kedua pemain ini secara berjemaah sudah menjaring hampir 90 gol sejak tahun 2007. Tidak hairanlah mereka ini masih boleh dikatakan antara penyerang paling berbahaya dalam kejohanan ini. Calap-cakap di Uruguay mengatakan mereka berdua ini tidak ubah seperti jelmaan Khalid Jamlus dan V. Saravanan di zaman kemuncaknya. Sama ada betul atau tidak kenyataan ini pun aku tak tahu.

12. Luis Suarez hari ini masih diakui antara penyerang terbaik di dunia. Jika tidak kerana masalah tabiat menggigit sana, mengkokak sini, beliau pasti menjadi calon anugerah Ballon d'Or. Lincah, licik menggelecek dan tenang bak anjeng di depan gol serta mampu memberikan impak segera dalam sesuatu perlawanan yang penting. Ini adalah antara senjata merbahaya milik beliau. Memegang status sebagai penjaring terbanyak Uruguay dengan 49 gol, Suarez mungkin akan bermain di sebelah kanan atau kiri dalam sistem serangan 3 serangkai tetapi masih bebas berlegar-legar di atas padang juga persis seekor anjeng.







13. Edinson Cavani pula adalah penyerang yang lasak dan masih bertenaga walaupun pada usia 30 tahun. Cavani sehingga hari ini membuktikan harga perpindahan mahalnya ke PSG adalah logik dan berbaloi. Pada usia sebegini juga masih ada kelab bola sepak elit Eropah yang mahukan tandatangan beliau. Suarez dan Cavani jika kena pada adunan taktikalnya, jika tepat pada tuah harinya akan menjadikan setiap pasukan di dunia ini seperti kelab bola sepak biasa-biasa yang tidak mempunyai penaja dan stadium sendiri. Siapa tahu ini adalah peluang terakhir untuk kita melihat gandingan ini di pentas dunia?

14. Antara lain kekuatan pasukan Uruguay itu sendiri bagi aku ialah jurulatih Oscar Tabarez. Pengalamannya mengawal selia pasukan Uruguay ini sejak tahun 2006 perlu dicemburui oleh Nelo Vingada. Siapa pulak Vingada ni? Adeeeeeeh...

15. Di atas kertas para pengkaji bola sepak tidak bertauliah telah bersepakat yang Uruguay mampu melepasi peringkat kumpulan bersama pasukan tuan rumah, Russia. Sementara itu Arab Saudi akan dijadikan pasukan belasahan dan nasib Mesir pula masih misteri. Itu jangkaan awal di atas kertas statistik. Malangnya bola sepak dimainkan di atas padang dan segala kemungkinan boleh berlaku.



Piala Dunia 2018: Arab Saudi.

$
0
0

Piala Dunia 2018: Arab Saudi.

Perjalanan dari Tangkak ke Kuala Pilah amat melelahkan. Mentari panas mencanak betol-betol di atas kepala. Pandangan mata aku berpinar. Unta yang aku tunggani kelihatan penat sekali. Macam berpuasa sebulan pula lagaknya. Kesian aku melihat Ramdin, si unta yang patuh.

Lalu aku mengambil keputusan untuk berhenti berehat. Aku memakir untaku di bawah sepohon tamar yang rendang lagi rimbun daunnya. Fuuuuh..lega kemain dapat berehat barang sejenak. Air sirap bandung JDT bekalan yang aku bawa dalam balang buluh tadi ditonggak secara gelojoh. Glup..glup..glup..Rengkung kini berasa lega. Perlahan aku buka beg FILA yang aku sandang lalu aku keluarkan sehelai kulit kambing dan sebatang pena bulu ayam belanda. Hujungnya yang tajam aku calitkan dengan darah dari ibu jari aku. Lalu aku mula menulis di atas kulit kambing itu tentang pasukan bola sepak Arab Saudi yang akan beraksi pada Piala Dunia 2018.


Arab Saudi Dalam Kenangan.

Arakian..maka tersebutlah kisah Arab Saudi pada suatu masa dahulu adalah sebuah pasukan gergasi di rantau Asia. Dari Yaman ke Oman membawa ke Qatar hingga ke Syria, semuanya gempita cemburu dengan kehandalan pasukan bola sepak Arab Saudi ini. Namun begitu, kini reputasi hebat mereka semakin menyusut. Bagaikan nilai matawang ringgit. Arab Saudi hari ini hanyalah pasukan yang ke-5 terbaik di Asia. Di samping itu mereka turut telepas dua edisi Piala Dunia yang lepas iaitu pada 2010 dan 2014. Bola sepak seolah-olah menjauhi negara yang kaya dengan minyak ini. Sumpahan apakah? Paling terbaru skuad bawah 23 tahun mereka tewas kepada Malaysia - pasukan asuhan Ong Kim Swee yang hebat. Apa sudah jadi dengan pasukan Arab Saudi ini?

Jika sejarah kegemilangan mereka diselak kembali satu demi satu, mereka pernah menjadi juara Piala Asia pada tahun 1984, 1988 dan juga 1996. Selepas itu mereka kemarau kejuaraan Piala Asia. Nama-nama lagenda seperti Mohamed Al-Deayea dan Sami Al-Jaber semakin pupus tidak mampu dijelma dan diganti dengan yang baru. Kesedihan yang menyayat hati bagi bola sepak Arab Saudi.

Seperti yang kita tahu, komitmen Arab Saudi terhadap bola sepak pada satu masa dahulu tidak boleh dinafikan begitu saja. Pembinaan Stadium King Fahd di Riyadh yang menjadi tuan rumah Piala Konfederasi 1993 merupakan mercu kegemilangan bola sepak Arab Saudi ketika itu. Stadium yang dibuka pada tahun 1987 ini mempunyai kapasiti sebanyak 67,000 tempat duduk. Selain itu, stadium ini turut termasuk dalam FIFA 13, FIFA 14, FIFA 1, FIFA 16 dan FIFA 17. Hebat.

Megah di Persada Dunia atau Mengah di Persada Dunia?

Apa yang boleh dikatakan ialah Arab Saudi sememangnya berusaha keras untuk mengecapi yang terbaik bagi bola sepak mereka. Berkat dari niat suci Arab Saudi ini juga mereka berjaya layak ke Piala Dunia sebanyak 4 edisi iaitu pada tahun 1994, 1998, 2002 dan juga 2006. Malangnya persembahan mereka tidak berapa membanggakan. Atau dalam bahasa lain, sendu. Paling sedap pun Arab Saudi layak ke pusingan 16 pasukan pada edisi 1994.

Pada temasya Piala Dunia tahun 1994 ini juga Saeed Al Owairan menjaringkan gol terbaik dalam sejarah Piala Dunia ketika menewaskan Belgium dengan gol 1-0. Dari kawasan Arab Saudi sendiri, beliau menggelecek menewaskan 6 orang pemain termasuk penjaga gol. Seluruh stadium bingit dengan sorakan. Dan gol ini kekal menjadi antara jaringan tercantik di Piala Dunia. Terima kasih kerana mengizinkan aku bernostalgia sedikit dengan jaringan gol Saeed Al Owairan ini.


Malang sekali penyertaan Piala Dunia Arab Saudi selepas itu hanya sangkut di peringkat kumpulan serta gagal pula merekodkan sebarang kemenangan. Lebih baik jadi macam Malaysia. Terus tak layak daripada layak tetapi memalukan seluruh Bani Arab. Ye dak?

Kemudian ia ditambah pula dengan episod sedih pada edisi Piala Dunia 2002, yang mana Arab Saudi mengalami kekalahan yang sangat memalukan kepada Jerman apabila tewas 8-0. Tamat sahaja kejohanan ini, federasi bola sepak Arab Saudi berjanji akan membaik pulih sistem akar umbi mereka serta memulihkan struktur pengurusan dan kejurulatihan mereka. Walaupun begitu, hasilnya masih suam-suam kuku.

Sinar Piala Dunia 2018.

Keputusan kelayakan Piala Dunia 2018 mereka secara keseluruhan bolehlah dikatakan agak baik dan sederhana. Arab Saudi menang 6 perlawanan, seri 1 dan kalah 3 pertembungan secara keseluruhannya. Arab Saudi akhirnya menamatkan Kumpulan B dikedudukan yang kedua di belakang Jepun dan seterusnya layak secara automatik ke Russia.

Seperti ada yang tidak kena, Federasi Bola Sepak Arab Saudi selepas itu tidak menyambung kontrak Bert van Marwijk walaupun jurulatih ini berjaya membawa Arab Saudi ke Russia. Tempatnya diganti oleh Edgardo Bauza. Malang berganda pula buat Edgardo Bauza apabila turut dipecat selepas hanya mampu membimbing Arab Saudi dalam 5 perlawanan.

Kemudiannya muncul pula Juan Antonio Pizzi, individu dari Argentina yang mengabdikan dirinya semasa muda dengan mewakili pasukan bola sepak Sepanyol. Antonio Pizzi diingati dengan kejayaan membawa pasukan Chile menjulang kejuaraan Copa America Centenario yang berlangsung di Amerika Syarikat. Semasa Piala Konfederasi 2017 di Russia pula beliau berjaya membimbing Chile sehingga ke perlawanan akhir. Namun mereka tewas 1-0 kepada pasukan Jerman. Selepas itu beliau dipecat lantaran kegagalan membawa Chile ke Piala Dunia 2018 yang menyebabkan Alexis Sanchez terpaksa meneruskan latihan bermain piano apabila bulan Jun 2018 muncul kelak.

Agaknyalah...berapa lama pula jodoh Juan Antonio Pizz dengan pasukan Arab Saudi ni ye?

Sembang Ular
Peluang Arab Saudi

Persatuan bookie sedunia mungkin tidak akan berani mempertaruhkan Arab Saudi untuk layak ke pusingan yang kedua. Malahan ada yang begitu yakin bahawa Arab Saudi tidak mampu menamatkan peringkat kumpulan ini di tangga yang lebih tinggi dari empat. Apatah lagi Arab Saudi turut diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan pasukan tuan rumah Russia, Mesir dan juga Uruguay.

Elemen kejutan juga mungkin tidak mampu dijelmakan oleh pasukan Arab Saudi ini. Ramalan cerdik pandai mengatakan peluang Arab Saudi layak ke peringkat kedua ialah 14.2 peratus sahaja. Begitulah kejinya bola sepak Asia sekarang ini di mata dunia.

Aku menoktahkan tulisan ini dengan kelopak mata yang berkaca. Arab Saudi yang begini handal di rantau Asia pun masih tidak mampu pergi jauh apabila berlaga bahu dengan pasukan dunia yang lain. Bagaimana pula nasib bola sepak Malaysia yang semakin tiada arah tuju? Ketika ini aku memandang wajah sayu Ramdin, si unta yang setia. Wajah kusamnya turut memaparkan sedih. Baru aku teringat yang beliau belum makan dedak lagi dan sedang kelaparan gamaknya.

Piala Dunia 2018: Maghribi

$
0
0

Piala Dunia 2018: Maghribi

Maghribi, Kemodenan dan Piala Dunia.

Mengikut kajian sejarawan lama, kawasan Maghribi moden telah didiami oleh manusia sejak Zaman Neolitik lagi, iaitu sekurang-kurangnya sejak 8000 tahun sebelum masihi. Kini Maghribi pantas membangun dengan ekonominya yang berteraskan pertanian, pelancongan, aeroangkasa, automotif dan juga tekstil antaranya.

Selain itu pembangunan bola sepak jugak tidak pernah diabaikan. Ia meriah sejajar dengan kepentingan memajukan negara. Seperti yang kita tahu sukan bola sepak adalah perkara yang mampu menyatukan sesiapa sahaja. Yang bercerai boleh rujuk semula. Yang berbeza parti politik boleh duduk semeja di kedai warong. Begitulah perumpamaannya.

Dengan tertubuhnya Federasi Bola Sepak Maghribi pada tahun 1955, maka kini warga Maghribi boleh bermimpi untuk bersemuka dengan negara besar bola sepak yang lain seperti Brazil dan Jerman.

Pasukan bola sepak kebangsaan Maghribi yang bergelar Singa Atlas ini akhirnya menyertai FIFA pada tahun 1960. Kemunculan sulung mereka di Piala Dunia adalah pada tahun 1970 di Mexico dan mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Dua edisi Piala Dunia selepas itu Maghribi menyepi.  Dan sensasi mereka sudah pastinya ketika Piala Dunia 1986 juga di Mexico apabila menjadi pasukan dari Afrika yang pertama menjuarai peringkat kumpulan.

Seterusnya Maghribi hadir lagi di Piala Dunia 1994 tetapi hanya untuk melengkapkan jadual di peringkat kumpulan. Maghribi juga cuba membida Piala Dunia 1998 namun mereka terlepas peluang tersebut kepada Perancis.

Piala Dunia 1998 turut menjadi kejohanan yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Maghribi. Mereka memerlukan 3 mata pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati dan mereka berjaya melunaskan tugasan tersebut dengan cemerlang. Scotland dibelasah 3-0 tanpa belas ehsan.

Malang sekali Brazil yang sudah layak ke pusingan kalah mati telah tewas kepada Norway sekaligus menidakkan peluang Maghribi untuk mara lebih jauh. Sorakan kegembiraan di Saint-Étienne tadinya terbantut dan bertukar menjadi babak kesedihan. Kalau diingatkan semula memang boleh menitis air mata jantan ni.


Lagenda Hadji Mengorak Langkah

Apabila ada orang bertanya kepada aku, apa yang aku tahu tentang pasukan Maghribi? Dengan tanpa ragu aku akan menjawab, Mustapha Hadji. Siapa Mustapha Hadji? Mari sini aku ceritakan.

Selain daripada gol cantik Michael Owen yang membuka namanya di pentas dunia, satu lagi gol hasil jaringan Mustapha Hadji – Lagenda Maghribi meninggalkan kesan mendalam kepada penyokong berkecuali semasa Piala Dunia 1998.

Ketika perlawanan pertama menentang Norway, dalam satu gerakan serangan balas, pemain tengah bertahan Maghribi, Taher el Khalej melorongkan bola di sebelah kiri kepada Hadji yang sudah melakukan larian sepantas harimau bintang. Dengan berbekalkan satu 'stepover' yang lincah, pertahanan Dan Eggen berjaya ditipunya. Kemudian Hadji melepaskan rembatan rendah bawah di penjuru kiri penjaga gol Norway, Frode Grodas. Gooooooooooool!!!! Dan gol ini diiktiraf antara gol terbaik kejohanan Piala Dunia untuk tahun itu.


Kehebatan Hadji di Piala Dunia 1998 ini membolehkan beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika pada tahun yang sama menewaskan dua orang lagenda Nigeria - Jay Jay Okocha dan Sundah Oliseh. Selepas itu perpindahannya dari Deportivo ke Coventry City hanya menjadikan namanya lebih dikenali di serata dunia.

Muncul Selepas Ghaib 20 tahun.

Dalam penentuan peringkat Kumpulan C Zon Afrika, Maghribi berjaya mengenepikan cabaran pasukan Ivory Coast apabila menjuarai kumpulan dengan 12 mata hasil daripada 3 kemenangan dan 3 seri. Yillek kekalahan.

Maghribi menempah tiket Piala Dunia selepas 20 tahun ghaib dan ini adalah penampilan mereka yang kelima dalam sejarah FIFA.

Pada undian Piala Dunia yang lalu, dengan ranking FIFA mereka di tangga ke-40, mereka diundi dalam kumpulan B bersama juara semasa Piala Eropah - Portugal, bekas JUARA DUNIA YANG POWER NAK MAMPOS - SEPANYOL dan wakil dari Asia yang hebat Iran.





Jika tiada aral melintang pukang, Medhi Benatia sudah pasti akan mengetuai pasukannya menentang cabaran 3 pasukan yang aku sebutkan tadi. Pengalaman beliau dengan Juventus tidak perlulah aku ceritakan di sini hari ini. Barangkali di lain masa sahaja.

Aku meramalkan peluang Maghribi untuk melepasi peringkat kumpulan adalah dalam lebih kurang 28% sahaja.  Walaupun begitu aku sedikit yakin dengan sentuhan ajaib Herve Renard. Mungkin mereka mampu mencetuskan kejutan jika Renard berjaya mengadun dan mengorek yang terbaik daripada skuad Maghribi ini.

Sentuhan Afrika Hervé Renard




Siapa dia ni? Hervé Renard dilahirkan pada 30 September 1968. Seorang yang kacak bergaya berasal dari Perancis dan merupakan jurulatih semasa pasukan kebangsaan Maghribi. Betul kata orang-orang lama, lelaki Perancis ini seksi juga orangnya. Contoh terdekat cuba lihat Arsene Wenger.

Nama Hervé Renard mungkin agak asing di bumi Asia. Tetapi di rantau Afrika beliau dikenali sebagai Raja Piala Afrika. Individu ini mengukir namanya dengan Zambia dan Ivory Coast apabila membawa dua negara Afrika ini menjuarai Piala Afrika pada tahun 2012 dan 2015. Dan ini adalah kali pertama berlaku dalam sejarah apabila seorang jurulatih berjaya menjuarai Piala Afrika dengan dua pasukan yang berbeza.

Meskipun ramalan di 'socmed' banyak mengatakan Portugal dan Sepanyol akan menjadi pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya, namun reputasi Renard yang rajin menghasilkan kejutan mungkin akan merosakkan ramalan tak bertauliah ini. Kau orang tengok sahajalah nanti. Aku nak sambung makan nasik kejap.

Piala Dunia 2018: Portugal.

$
0
0



Piala Dunia 2018: Portugal.

Sejarah Penglibatan Portugal di Piala Dunia.

Bermulanya bola sepak Portugal dikenali seluruh alam adalah apabila Eusebio secara sensasi menerajui negaranya di Piala Dunia England 1966. Kempen Piala Dunia mantap mereka ketika itu ditamatkan di tangga ketiga selepas menewaskan Kesatuan Soviet.

Kemudiannya Portugal terlepas empat edisi Piala Dunia. Gagal. Namun mereka muncul semula di Mexico 1986 dengan hanya untuk melengkapkan jadual di peringkat kumpulan. Edisi kali ini Portugal gagal menyerlah secara keseluruhannya walaupun menewaskan England di perlawanan pembukaan. Portugal kemudiannya bungkus awal selepas tewas kepada Maghribi dan Poland.

Siri kegagalan Portugal layak ke Piala Dunia diteruskan lagi untuk tiga edisi yang seterusnya (1990, 1994 dan 1998). Tetapi mereka seolah-olah menemui pedoman apabila layak ke Piala Dunia 2002 dan ketika ini muncul nama-nama hebat seperti Victor Baia, Abel Xavier, Fernando Couto, Luis Figo, Nuno Gomes dan Rui Costa antaranya. Walaubagaimanapun jodoh Portugal dan Piala Dunia kelihatannya masih jauh. Portugal gagal mara ke peringkat seterusnya selepas tewas mengejut kepada Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Sedih.

Betol kata peribahasa lama, payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah di tepi. Nasib bola sepak Portugal akhirnya berubah di Piala Dunia 2006 Jerman. Dengan mendapat asuhan daripada Felipe Scolari, Portugal berjaya mara sejauh peringkat separuh akhir. Perjuangan mereka terkandas selepas ditewaskan oleh Perancis dan Portugal juga turut gagal dalam perebutan tempat ketiga apabila ditumpaskan oleh pasukan tuan rumah, Jerman.

Portugal kemudiannya sekali lagi berjaya ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Di Afrika Selatan 8 tahun yang lalu, impian Portugal tamat di pusingan 16 pasukan. Mereka tewas kepada pasukan juara kejohanan Sepanyol dengan skor 1-0. Manakala empat tahun lalu di Brazil, mereka kembali ke fitrah asal iaitu gagal melepasi peringkat kumpulan meskipun diketuai oleh pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo.

Penyandang Juara Eropah.


Portugal kali ini layak ke Piala Dunia 2018 dengan membawa status sebagai juara bertahan Piala Eropah. Masih segar lagi imej ikonik Cristiano Ronaldo terkinja-kinja serupa berok mak yeh memberikan arahan di tepi padang kepada rakan sepasukannya dalam perlawanan akhir Piala Eropah dua tahun yang lalu. Mungkin ramai yang tidak menyangka Portugal boleh menewaskan pasukan tuan rumah Perancis pada ketika itu. Dengan prestasi yang tidak berapa meyakinkan dan tunggang-langgang, ia mungkin rezeki dari langit kepada seluruh umat Portugis. Bola sepak berjaya, rakyat gembira. Begitulah.

Selama dua kejohanan Piala Dunia (2010 dan 2014) mereka terpaksa mengharungi perlawanan penentuan. Menewaskan Bosnia Herzegovina untuk ke Afrika Selatan dan menutup peluang Sweden beraksi di Brazil.

Bagi Piala Dunia 2018 pula, Portugal layak dengan penuh bergaya. Merekodkan 9 kemenangan daripada 10 perlawanan dengan menjaringkan sejumlah 32 gol dan mengumpul 27 mata serta menjuarai kumpulan B Zon Eropah.

Bagaimana dengan nasib mereka di Piala Dunia nanti? Secara peribadi bolehlah aku merumuskan yang Portugal bernasib malang apabila diundi bersama Pasukan Terbaik Dunia, SEPANYOL. Mujurlah dua pasukan yang lain ialah Maghribi dan Iran. Jadi, secara logik bola sepaknya Portugal akan mudah mara ke pusingan seterusnya mengiringi Sepanyol-Pasukan Terbaik Dunia.

Cristiano Ronaldo dan Peluang Terakhir.

Ini adalah peluang terakhir buat Cristiano Ronaldo. 'DO OR DIE' kata orang putih. Dua tahun yang lepas tiada siapa menyangka Portugal dan Ronaldo berjaya menjulang kejuaraan Eropah. Namun itulah bola sepak. Sedap dan penuh dengan elemen kejutan yang tidak terjangka. Sama ada Ronaldo mampu atau tidak menjulang Piala Dunia buat Portugal, bersama-samalah kita tunggu kelak.

Ronaldo akan berusia 33 tahun apabila Piala Dunia bermula nanti. Jadi adalah mustahil untuk kita melihat beliau akan bermain untuk 4 tahun lagi di Qatar. Mungkin inilah peluang terakhirnya untuk mencatat namanya dalam sejarah bola sepak dunia. Sekiranya beliau cergas dan tidak tercedera, maka dapatlah kita melihat yang terbaik daripada beliau. Dengan Ronaldo ditahap terbaiknya, Portugal bolehlah berasa teruja menjelang kempen mereka di Russia.

Mencari Magis Fernando Santos


Jurulatih berbangsa Portugis ini dilantik menjadi pengurus pasukan Portugal pada 23 September 2014 bagi menggantikan Paulo Bento. Nama Fernando Santos tidak perlu diperkenalkan lagi di Portugal kerana beliau banyak menguruskan kelab di situ. Antaranya Benfica, Sporting CP dan FC Porto.

Setakat ini pencapaian peribadi terbaik beliau bersama pasukan Portugal adalah ketika membawa pasukan ini memenangi Perlawanan Akhir Piala Eropah 2016.

Untuk Piala Dunia 2018 kelak, beliau sudahpun menyenarai pendek 40 orang pemain untuk dibawa ke Russia. Fernando Santos perlu lebih berwaspada dengan kehadiran Maghribi dan Iran kerana kedua pasukan ini sentiasa bersedia untuk melakukan sebarang kejutan meskipun ramai pengkaji bola sepak dunia meramalkan Portugal adalah pasukan yang akan mengirigi Sepanyol untuk mara ke peringkat seterusnya.

Mampukah Fernando Santos mengulangi semula magisnya ketika Piala Eropah 2016 yang lalu?


Dari Kaki Ke Pena Hitam: Serabut Musim Baru

$
0
0

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Serabut Musim Baru.

Apa khabar hamba rakyat sekalian alam? Dah jumpa stadium baru nak main bola tak untuk musim baru nanti? Hah? Apa? Takde? Ciaaaaan...

Ini adalah antara masalah yang sedang berlaku dan menjadi hiburan kepada pemerhati bola sepak seperti aku. Lama dah aku perhati perangai pandir sebegini dalam bola sepak Malaysia ni. Beribu macam lagi masalah yang berlaku kalau kita dengar pun membuatkan mata kita terbeliak tidak percaya. Dan ada antaranya berulang setiap kali musim baru bola sepak bermula.

Hal stadium untuk pasukan Selangor ini adalah bukti betapa kotornya mainan politik ini jika tidak dikawal selia dengan teratur. Kau bayangkan betapa bebalnya pengurusan PKNS yang sanggup bermain di stadium bersaiz gergasi hanya untuk melayan jumlah penonton tak sampai satu dewan kuliah UITM jurusan Komunikasi Media. Bayangkan...Adalah lebih molek sekiranya PKNS bermain sahaja di mana-mana padang sekolah yang terdapat di Selangor ni. Nak direbutkan jugak Stadium Shah Alam yang pintu tandasnya berterabur tu dah kenapa?

Macam mana PKNS menjana pendapatannya? Siapa 'fan base' pasukan PKNS ni sebenarnya? Aku tak mahu jawab.

Kenapa tidak mahu disewakan kepada pasukan Selangor? Dan guna ia secara bersama? Masing-masing dapat keuntungan selepas ditambah tolak sana dan sini. Apa yang menghalang untuk buat benda macam gini?

Jawapannya EGO POLITIK. 

Nota tambahan: Aku terpaksa berhenti menaip. Tiba-tiba rasa marah ni membuak pulak. Tapi...betul ke orang Selangor akan dapat pakej Noh Omar sekali dengan Stadium Shah Alam? Hah!




Piala Dunia 2018: Australia

$
0
0

Piala Dunia 2018: Australia

Buah Dan Bola di Negara Kanggaru.

"Gaji RM6,000 petik buah di Australia"- Berita Harian
"Harap gaji RM12,000 petik buah di Australia...cuma dapat RM2,200" - The Malay Mail Online.

Ungkapan di atas adalah sebahagian daripada tajuk berita yang mendapat liputan berkaitan dengan industri buah di Australia.

Seperti yang kita ketahui idustri memetik buah di Ausralia sedang 'hype' dan hangat diperkatakan ketika ini dari mulut wangi ke mulut berbau dan dari bibir nipis ke bibir tebal. Dan khabarnya umat Malaysia juga berbondong-bondong mahu berhijrah ke negara kanggaru tersebut. Diberitakan pada tahun 2012 dan 2013 sahaja dianggarkan seramai 56,700 pekerja diambil untuk aktiviti menanam buah-buahan dan sayur-sayuran bagi memenuhi keperluan domestik dan juga pengeksportan ke luar negara.

Okay, itu cerita buah. Bagaimana pula dengan cerita bola sepak?

Bola sepak di Australia pada awalnya gagal menapak dengan mantap kerana ragbi adalah sukan utama yang menjadi pilihan rakyat Australia. Cubaan membudayakan bola sepak dilakukan dengan penubuhan liga bola sepak domestik mereka pada tahun 1977 dengan diberi nama National Soccer League (NSL). Sedih sekali ia masih gagal menarik pemain bintang untuk bermain di liga ini. Hinggakan ramai antara mereka seperti Alan Davidson, David Evans, Abbas Saad, Scott Ollerenshaw, Alistair Edward dan John Hunter lebih rela berkelana hingga ke Tanah Melayu untuk menyepak bola dan membina nama di sini.

Kemudiannya pada 2004, Hyundai Australia League telah ditubuhkan menggantikan NSL sebagai liga bola sepak divisyen tertinggi di Australia. Sejak dari itu ia telah menaikkan nama dan populariti sukan bola sepak yang sentiasa di belakang sukan kriket dan ragbi. Nama-nama seperti Robbie Fowler, Emile Heskey, William Gallas, Damien Duff, Alessandro Del Piero, Shinji Ono, Luis García dan David Villa antaranya sudi beraksi di A-League meskipun sudah berumur agak senja.

Perubahan Australia daripada Kefederasi Bola Sepak Ocenia (OFC) ke Kefederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2006 pula hanya mencerahkan peluang mereka untuk layak ke Piala Dunia selepas seringkali terkandas pada perlawanan 'play-off'.

Memori Piala Dunia.

Australia layak ke Piala Dunia buat pertama kalinya pada tahun 1974. Selepas itu mereka secara berturut-turut layak pada edisi 2006, 2010, 2014 dan terkini 2018. Manakala pasukan Malaysia pula, sejak dari Piala Dunia edisi 1974 hinggalah membawa kepada edisi 2018. Juga dari zaman televisyen tidak canggih serta hitam putih, hinggalah ke zaman BigoLive, dan Istagram, pasukan bola sepak Malaysia hanya banyak berlegar-legar dengan senang hati dalam lingkaran Sukan Asia Tenggara dan Piala AFF Suzuki. Maaf. Kasar sangatkah gurauan ini?

Penampilan pertama mereka di Piala Dunia 1974 dibarisi dengan majoritinya adalah pemain amatur. Meskipun berjaya mendapatkan keputusan seri ketika bertemu Chile, namum Australia pulang hampa dengan gagal menjaringkan sebarang gol pada kemunculan sulung mereka. Masih terkial-kial bak kata orang. Tidak mengapalah. Proses berjalan dan berlari sememangnya bermula dengan bertatih. Takkan bisa dengan memecut bagai Watson Nyambek. Chewaaaah.

Kemudiannya di antara tahun 1978 hingga 2002, kempen Piala Dunia Australia banyak tersangkut diperlawanan 'play-off'. Sebagai contoh terdekat mereka tewas kepada Argentina pada edisi kelayakan Piala Dunia 1994, Iran (1998) dan Uruguay (2002). Untuk ke Piala Dunia juga pasukan dari Zon Oceania ketika itu terpaksa melalui banyak peringkat kelayakan.

Setelah lama menyepi, Socceroos kembali dengan mantap di Piala Dunia Jerman 2006 sebagai wakil Oceania buat kali yang terakhir. Dan aku berani potong jari mengatakan barisan pemain yang dibawa oleh Guus Hiddink ini adalah yang terbaik dalam sejarah penglibatan Australia di Piala Dunia.

Pemain seperti Mark Schwarzer, Lucas Neill, Tim Cahill, Brett Emerton, Mark Viduka, Harry Kewell, John Aloisi dan Mark Bresciano antaranya adalah nama yang sering kita dengar sekiranya bola sepak Eropah menjadi hidangan hujung minggu kita.

Akhirnya kesungguhan mereka terbayar apabila mara ke pusingan 16 pasukan terbaik sebelum hanya tewas tipis dengan skor 1-0 kepada pasukan yang muncul juara, Itali.


Lapan tahun yang lalu di Afrika Selatan, mereka diletakkan dalam kumpulan yang agak sukar terdiri daripada pasukan Jerman, Ghana dan Serbia. Walaupun begitu Australia tetap berjaya mengutip 4 mata selepas seri dengan Ghana 1-1 dan menang 2-1 ke atas Serbia. Namun kekalahan teruk 4-0 kepada Jerman dalam aksi pembukaan menjadi punca mereka terpaksa mengakhiri kejohanan 2010 ini di tangga yang ketiga.

Mungkin masih belum ada rezeki buat Socceroos apabila tahun 2014 mereka sekali lagi ditempatkan dengan pasukan-pasukan hebat seperti Sepanyol, Belanda dan Chile. Kalah semua perlawanan dan terpelosok di tangga tercorot kumpulan B. Aduhai..belasan.

2018, Australia Datang!

Australia mengakhiri kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018 mereka yang terumbang-ambing di tempat ke-3 di belakang Jepun dan Arab Saudi. Ini memaksa Australia menempah tiket ke Krubong, Melaka untuk berentap denga Syria di Stadium Hang Jebat. Warga Melaka dan Syria menjadi saksi gol jaringan Robbie Kruse sebagai bekalan mereka ke Sydney. Perlawanan kedua mereka menang dengan skor 2-1 selepas Tim Cahill sekali lagi muncul sebagai penyelamat maruah bola sepak Australia. Sebagai rekod juga ini adalah jaringan ke-50 bagi Cahill bersama Socceroos termasuk 5 gol yang telah dijaringkannya ketika di pusingan akhir Piala Dunia.

Walaupun begitu, tugas Australia untuk layak ke Piala Dunia bukan habis di situ sahaja. Mereka kemudiaannya perlu bertemu dengan Honduras secara timbal balik. Selepas seri 0-0 di San Pedro Sula, Australia berjaya mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri apabila Mile Jedinak menyumbat hatrik untuk menewaskan Honduras 3-1. Seluruh Australia bergembira dengan kejayaan terbaru ini.

Hatrik woih!

Untuk undian Piala Dunia 2018 ini Australia diletakkan dalam Kumpulan C bersama Peru, Denmark dan bekas juara dunia Perancis. Jika diteliti berdasarkan pengalaman, Australia boleh mara ke pusingan 16 pasukan sekiranya pasukan Denmark dan Peru berjaya mereka tewaskan.

Mungkin inilah masanya bagi Aaron Mooy (Huddersfield Town) dan Tom Rogic (Celtic) sebagai generasi baru mampir menggegar Piala Dunia 2018  seterusnya mengembalikan romantis era Viduka-Kewell.

Kewell-Viduka dalam persalinan Leeds United.

Pak Mertua Mark van Bommel 'in da house'.

Jodoh Ange Postecoglou dengan pasukan Australia tidak berpanjangan dek kerana prinsip bola sepak dan filosopi taktikal beliau yang menjadi punca keretakan hubungan ini sekaligus membawa kepada perpisahan. Sayu.

Dan baharu sahaja beberapa minggu yang lepas Federasi Bola Sepak Australia mengumumkan pelantikan Van Marwijk sebagai pengurus pasukan mereka. Kerusi panas yang ditinggalkan oleh Ange Postecoglou sejak November lalu ini akhirnya sudah kembali terisi.


'Resume' yang dimiliki Van Marwijk di peringkat pengurusan bolehlah dirumuskan sebagai baik juga. Membimbing Arab Saudi layak ke Piala Dunia pada 5 September 2017 yang lepas. Serta kejayaannya yang paling diingati ialah ketika berjaya membawa pasukan Belanda ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sebelum tewas kepada SEPANYOL - PASUKAN TERBAIK DUNIA.

Jika diteliti pemilihan Van Marwijk ini sebenarnya adalah lebih kepada sasaran kejayaan jangka pendek. Buat masa ini Australia memang memerlukan jurulatih yang mampu membentuk pasukan yang berdaya saing di Piala Dunia dalam masa yang singkat. Sekurang-kurangnya pengaruh Van Marwijk sebagai pengurus mungkin dapat memacu Australia ke arah lebih baik berbanding 4 tahun yang lalu.

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menjunam

$
0
0
Dari Kaki Ke Pena Hitam: Menjunam

Karier beliau bermula sebagai seorang pemain muda paling berpotensi yang pernah bermain di posisi tengah di dalam negara ini. Namanya mula dicanang sebagai jelmaan semula Azizul Abu Hanifah. Fuuh..seluruh negeri Perak beristighfar.
Beliau kemudiannya menggegar Malaya dengan menjaringkan gol jarak jauh yang cantik pada perlawanan menentang Bahrain untuk Kelayakan Olimpik. Peminat Bahrain menggeleng kepala tidak percaya wujudnya pemain jenis ini di sebuah negara yang mata wangnya jauh lebih rendah berbanding dollar. Aku pula takkan lupa dengan jaringan minit ke-29 ini kerana ia dihiasi latar suara pengulas Arwah Hasbollah Awang dengan nada yang berapi-api.

Peluang bermain di Portugal dengan kelab bola sepak Beira-Mar disambar dengan pantas tak patut punya. Namanya pantas meniti di serata jalanan. Anak-anak kecil mula memasang angan untuk menjadi pemain bola sepak seperti  beliau. 

Seperti ada yang tidak kena, beliau akhirnya pulang ke Tanah Melayu. Beribu kemungkinan timbul. Rindu makwe, rindu nasik lemak, roti canai...hanya beliau sahaja yang tahu.

Selangor PKNS dan Selangor menjadi destinasi seterusnya. Ketika ini nampak agak cerah sedikit karier beliau walaupun sidrom 'lepas umur 23 tahun aje pemain Malaysia terus lupa cara main bola' kadangkala terserlah di atas padang.

Tidak mengapalah kalau orang dah tak suka..

Beliau akhirnya memilih untuk ke selatan tanah air bagi mengembangkan perjalanan bola sepaknya. Seluruh Selangor redha sambil mecarut di dalam hati. Tetapi siapalah kita untuk menidakkan kuasa duit? Ye tak?

November 2016

"Kami akan hantar beliau ke Jepun."

Itulah perkhabaran dari selatan sebaik sahaja pemain ini menyertai pasukan mereka. Tidak dapat diketahui kelab mana yang diperginya. Sempat ke beliau belajar adat-adat orang Jepun? Sempat ke  belajar sepatah dua kata orang-orang Jepun? Entahla...aku pun keliru dalam hal ini.

Pada bulan April 2017 aku nampak beliau menjaringkan gol cantik menentang Beoungket Angkor di Piala AFC. Sudah kembali dari Jepun barangkali. Dan aku masih yakin potensi beliau masih tinggi untuk muncul 'regular' dalam pasukan Senior Malaysia sekiranya minit permainan dalam semusim mencukupi.

Tanggal 2 Februari 2018 aku melihat beliau bermain untuk pasukan kedua kelab bola sepak dari selatan tersebut. Atau dalam bahasa rasminya 'feeder club' yang bermain dalam liga tahap kedua di negara ini.

Sayu hati aku melihat gejala seperti ini. Apa yang ada dalam fikiran pemain bola sepak di negara kita sebenarnya? Aku malu dengan pemain-pemain Eropah yang berpindah pasukan semata-mata demi mencerahkan peluang mereka untuk bermain di Piala Dunia 2018 nanti. Apa aku jawab dengan Theo Walcott nanti kalau dia tanya aku pasal Nazmi Faiz? Hah?











Di mana mereka? Diego Tristan.

$
0
0

Di mana mereka? Diego Tristan. 
Dunia bola sepak pernah menyajikan kita dengan aksi hebat penyerang terbaik dunia antaranya seperti Bebeto, Romario, Dwight Yorke, Andy Cole, Thierry Henry, David Trezeguet, Raul, Fernando Morientes, Alessandro Del Piero dan Filippo Inzaghi.

Tetapi ingatkah anda pada nama Diego Tristan? Tidak? Maafkan saya...ini bermakna anda adalah seorang yang masih hijau dalam arena bola sepak dunia. Tidak mengapa. Mari kita sama-sama menyelusuri dan mengenali serba sedikit profil pemain yang bernama Diego Tristan ini.

PENGENALAN

Lama sebelum wujudnya Diego Costa yang berwajah tua kerepot, dunia bola sepak awal era 2000 pernah dihiasi dengan kelincahan aksi Diego Tristan di hadapan gol sehinggakan beliau digelar sebagai 'The Slippery Lizard'. Namun begitu, lain pula ceritanya dengan bola sepak Malaysia ketika itu yang lebih banyak melahirkan penyerang berjenis 'The Sleepy Lizard'. Tak apalah, kita abaikan sahaja kisah mereka ini buat sementara.

Sepanjang tempoh singkat kemahsyuran Diego Tristan, beliau telah membantu Deportivo La Coruña - pasukan agong daripada Sepayol ketika itu memenangi kejuaraan Copa del Rey dan Supercopa de España pada tahun 2002, serta kejayaan mara ke peringkat separuh akhir Champions League musim 2004. Siapa boleh melupakan kejayaan dramatik Deportivo pada laga suku akhir ketika menewaskan AC Milan? Walaupun watak utama masa itu adalah seorang lagi lagenda iaitu Walter Pandiani, namun nama Diego Tristan kekal terpalit dalam sejarah Champions League sebagai antara anggota pasukan 'fairy tales' yang dibimbing oleh Javier Irureta.


PERMULAAN KARIER

Pemain kelahiran La Algaba ini adalah hasil produk program pembangunan pemain muda dari Real Betis. Diego Tristan yang pada mulanya bermain untuk Real Betis B telah berpindah ke pasukan RCD Mallorca B dan menghabiskan musim 1998/1999 di Divisyen Segunda. Hanya selepas semusim di liga kedua Sepanyol, masuk sahaja musim 1999/2000, Tristan berkelana pula ke pasukan RCD Mallorca yang mana di sinilah bermulanya perangai rajin menyumbat gol beliau.


Tanggal 12 September 1999, Diego Tristan mendapat peluang pertamanya untuk bermain dalam La Liga apabila diturunkan dalam perlawanan antara RCD Mallorca dengan CD Numancia. Tamat sahaja musim 1999/2000, Diego Tristan merekodkan 18 gol dalam 35 penampilan pertamanya di pentas La Liga.

Media Sepanyol mula memuji-muji kehebatan beliau dan juga memasang angan-angan pemain ini turut akan mampu memperkuatkan jentera serangan pasukan negara Sepanyol.

HAMPIR MENJADI GALACTICOS

Perkhabaran tentang kehebatan Diego Tristan ini mula menarik minat pasukan utama di La Liga. Dan seperti biasa Real Madrid-lah yang paling terkedepan dalam perihal memancing pemain-pemain bintang. Tambahan pula Real Madrid baharu sahaja tewas dalam perebutan takhta La Liga bagi musim 1999/2000. Maka pemain baru yang hebat perlu cepat dibawa ke Real Madrid.

Presiden Real Madrid ketika itu, Lorenzo Sanz dengan segera cuba mendapatkan Diego Tristan bagi menambah koleksi penyerang The Galacticos yang sudah pun memiliki Raul dan Fernando Morientes.Tamak haloba betol.

Namun malangnya perpindahan ini tidak berjaya dilaksanakan apabila Florentino Perez melangkah sebagai Presiden di Bernabeu dan memulakan legasi pemerintahannya di Real Madrid. Apa yang jelas Florentino Perez sudah ada nama pemain yang ingin dibawanya ke Bernabeu iaitu siapa lagi kalau bukan Luis Figo. Jadi, dengan kadar segera nama Diego Tristan tercicir dari senarai pembelian pasukan Real Madrid.

Melihat pada peluang yang terhidang lagi lazat ini, juara bertahan La Liga ketika itu, Deportivo muncul dengan bidaan £8 juta yang mana ia dilihat sebagai antara pembelian berbaloi dalam sejarah bola sepak moden. Diego Tristan kemudiannya membina repustasi beliau sebagai pemain nombor 9 yang lengkap, pakar dalam memecah pertahanan lawan, skill bola sepak yang tinggi dan kepantasan serta ketangkasan menjaringkan gol yang tak terbendung.

MESIN GOL

Musim pertama (2000/2001) Diego Tristan di Deportivo dibayangi oleh kehebatan seorang lagi penyerang power nak mampos iaitu Roy Makaay. Walaupun begitu beliau masih mampu menjaringkan 19 gol dalam 29 penampilannya di atas padang. Dan ini merupakan satu statistik yang hebat. Dengan pantas juga namanya menjadi sebutan di serata dunia.

Pada musim 2001/2002, Diego Tristan telah mencapai kemuncak dalam kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau menyudahkan kempen musim tersebut dengan merekodkan 21 gol dalam 35 aksi di La Liga serta 6 biji gol di pentas Eropah. Ia sekaligus membolehkan beliau menjulang trofi Pichichi pada penghujung musim tersebut.


Kecemerlangan beliau pada musim ini menarik perhatian José Antonio Camacho si ketiak basah untuk memanggil beliau masuk ke dalam skuad Sepanyol bagi kejohanan Piala Dunia Korea Selatan/Japan 2002. Diego Tristan sempat muncul dalam 2 perlawanan pembukaan menentang Slovenia dan Paraguay. Kedua-dua perlawanan dimenangi Sepanyol dengan skor 3-1. Sedih sekali pada perlawanan kedua ketika menentang Paraguay beliau telah tercedera dan tempatnya diambil oleh Morientes untuk digandingkan dengan Lagenda Raul Gonzalez.

Maka bermulalah kerjayanya yang penuh dengan kecederaan...

KECEDERAAN BERULANG

Selepas kecederaannya di Piala Dunia itu, aksi Diego Tristan 'sudoh tak serupo mulo'. Ada sahaja sakit yang beliau hadapi. Walaupun selepas Roy Makaay meninggalkan Deportivo untuk bermain dengan Bayern Munich, Diego Tristan masih tidak mampu mengulangi kehebatan lampaunya. Paling kesian pernah pada musim 2003/2004 beliau hanya mampu bermain 10 perlawanan penuh sahaja untuk Deportivo. Abang sedih dik. Soooob...soooob...

Diego Tristan kemudiannya menyudahkan enam musim bersama Deportivo La Coruña dengan 78 gol dalam 177 perlawanan. Hebat betul.

Selepas itu beliau ada juga menyepak bola di kelab bola sepak lain seperti (2006-07), Livorno (2007-08), West Ham United (2008-09), dan Cádiz (2009-10). Namun nama 'The Slippery Lizard' semakin hilang ditelan zaman dek kerana kecederaan berulang yang sering dialami serta kehidupan tidak tentu hala beliau di luar padang.

Pada tahun 2010 Diego Tristan telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak dan Cadiz adalah pasukan terakhir yang diwakilinya. Ternyata 6 musim beliau di Deportivo adalah yang paling gemilang dalam kariernya. Dengan Deportivo banyak sejarah mereka cipta bersama. Jika kita lihat kedudukan La Liga hari ini, pastinya susah untuk dipercayai Deportivo pernah mendatangkan gerun kepada lawan mereka di serata Eropah. Hari ini Deportivo bergelut dengan zon relegasi. Kesian.

DI MANA TRISTAN?

Diego Tristan dahulunya seorang pemain bola sepak yang merbahaya sekiranya cergas kini sudah bertukar wajah seolah-olah mengalami obesiti dah gout.

Sekitar bulan Mac 2016, beliau muncul dengan badan berisi ketika perlawanan persahabatan untuk pasukan veteran Atlético Algabeño. Berdasarkan sumber juga Tristan adalah salah seorang anggota kejurulatiahan untuk pasukan pelapis kelab amatur yang berpengkalan di Andalusia ini. Meletop-letop 'socmed' masa ni seperti tidak percaya melihat kegemukan pada badan Diego Tristan.

PENGAJARAN

Mungkin ini adalah antara kisah dongeng tipikal seorang pemain bola sepak yang hebat namun dihalang oleh kecederaan dan juga kegagalan membendung populariti. Jika Diego Tristan berjaya mengawal kehidupannya, siapa tahu nama beliau sudah sebaris dengan Raul, Ronaldo ataupun paling tidak Morientes.

Tetapi bagi saya ia masih satu pengakhiran yang mulia jika kita hendak bandingkan dengan terjun ke landasan keretapi.

Piala Dunia 2018: Peru

$
0
0


Piala Dunia 2018: Peru.

Ramai daripada kita hanya mengetahui tentang pasukan Brazil, Argentina, Brazil, Argentina, Brazil, Argentina. Siapa pemain utama, siapa pemain simpanan. Dengan siapa Neymar kahwin. Siapa isteri Messi. Bila sebut pasal Peru. Ramai yang ternganga mulut dan buat-buat sibuk main telefon bimbit sambil kaki menguis-nguis pasir di tanah. Heh! Apalah kau orang semua ni.

Mari baca apa yang saya nak tulis ni. Moga ia menjadi panduan menjelang Piala Dunia 2018 nanti.

Permulaan Bola Sepak Peru

Untuk pengetahuan semua, sebagai rekod Peru telah tampil dalam empat edisi Piala Dunia iaitu pada 1930, 1970, 1978 dan 1982. Piala Dunia 2018 ini adalah yang kelima buat mereka selepas 36 tahun menghilang. 

Sebelum terlibat dalam Piala Dunia yang pertama, pasukan Peru terlebih dahulu membuat debut antarabangsa pada Kejohanan Amerika Selatan 1927 yang berlangsung di negara mereka sendiri. Tiga tahun selepas itu Peru dijemput untuk menyertai Piala Dunia 1930. Namun nasib mereka kurang baik apabila tewas kedua-dua perlawanan di peringkat kumpulan kepada Romania (1-3) dan juga Uruguay (0-1). Ia meletakkan Peru secara keseluruhan di tempat ke-10 daripada 13 pasukan.



Pada Kejohanan Amerika Selatan 1939, Peru sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah dan berhasil menggondol gelaran juara selepas menewaskan Uruguay dengan skor 2-1. Monopoli  Argentina, Uruguay dan Brazil Berjaya mereka robohkan. Peru mula mencuri tumpuan. Hiaaaaap!

Sayang seribu kali sayang. Kehebatan Peru tidak berjaya dikekalkan secara konsisten. Mereka tidak mengambil bahagian dalam empat edisi Piala Dunia selepas itu - 1934, 1938, 1950 dan 1954. Manakala untuk edisi 1958, 1962 dan 1966 mereka terkandas di pusingan kelayakan. 

Zaman Gemilang

Empat puluh tahun selepas muncul dalam Piala Dunia yang pertama, mereka kembali bagaikan dinasaur yang baru bangkit dari lena yang panjang. Kini Peru sudah bersedia untuk berebut podium dengan pasukan Amerika Selatan yang lain.

Pada era 70-an inilah munculnya generasi emas buat pasukan bola sepak Peru.  Antaranya ialah penjaga gol Ramon “el loco” Quiroga, Encik Kapitan Hector Chumpitaz dan juga pemain tengah maestro Teofilo Cubillas. Berkat asuhan bekas pemenang Piala Dunia, Didi (Waldyr Pereira) pasukan Peru berjaya mara sehingga ke suku akhir pada Piala Dunia 1970.

Lapas tahun selepas itu di Piala Dunia 1978 yang berlangsung di Argentina, Peru mara sehingga ke pusingan kedua. Manakala di Piala Dunia 1982 pula amat jelas sekali zaman kehebatan pasukan Peru sudah menemui jalan penghujung apabila sekadar menghuni tangga tercorot peringkat kumpulan.


Pulang selepas 36 Tahun

36 tahun lamanya mereka ghaib dari Piala Dunia. Tidak banyak sedikit pun ia mungkin adalah disebabkan oleh ketidakstabilan sistem ekonomi dan politik di Peru itu sendiri. Ini kerana sukan dan politik adalah dua entiti yang berkait rapat antara satu sama lain.





Sebaik sahaja Peru layak ke Piala Dunia selepas menundukkan New Zealand 2 - 0, seorang sahabat pantas bertanya.


“Adakah ini pasukan terbaik pasukan Peru selepas sekian lama?”


Susah juga nak menjawabnya. Peru  layak ke Piala Dunia 2018 selepas menamatkan kempen mereka di tempat kelima pusingan kelayakan. Itu pun selepas hanya mampu seri dengan Colombia pada perlawanan terakhir. Dan ini menemukan Peru dengan New Zealand untuk perlawanan ‘play-off’ antara benua.

Pemain Harapan

“Siapa pemain bintang mereka?”
Lincah pula sahabat saya ni bertanya dan mendesak jawapan.

Jefferson Farfán adalah nama yang melintas di kepala saya. Pengalaman beliau bermain dengan pasukan PSV dan Schalke 04 satu masa dahulu mungkin dapat membantu keupayaan pasukan Peru ini. Walaupun dengan usia sudah mencecah 33 tahun, beliau adalah entiti penting yang membantu negaranya layak ke Piala Dunia di Russia. Penyerang yang berpengalaman ini mempunyai tabiat menjaringkan gol-gol yang penting dan beliau sudah bersedia untuk membuat penampilan pertamanya atau juga yang terakhir di pentas Piala Dunia.

Farfan & Guerrero
Selain itu ketua pasukan Paolo Guerrero juga antara pemain yang berpengaruh besar dalam pasukan ini. Cuma pada bulan Oktober 2017 pemain ini terlibat dengan kontroversi selepas kegagalan ujian dadahnya ketika menentang Argentina. FIFA kemudiannya mengatakan pemain ini boleh menyertai Piala Dunia selepas tempoh penggantungannya tamat pada bulan Mei 2018 nanti.

Ada Peluang Atau Tidak?

Pada 1 December 2017, pasukan Peru diundi dalam kumpulan C bersama Perancis, Australia dan Denmark. Dan ini julung kali pasukan Peru dijodohkan dengan tiga pasukan ini di medan Piala Dunia.

Mungkin sang jurulatih Ricardo Gareca ada resipi tersendiri untuk mengejutkan 3 pasukan tersebut. Atau mungkin juga Gareca perlu memanggil si veteran Claudio Pizzaro untuk menajamkan lagi sengat di bahagian serangan pasukan yang bergelar La Bicolor ini. Bekas penyerang Bayern Munich ini sentiasa siap siaga untuk beraksi walaupun pada usia 39 tahun.

Ketika artikel ini ditulis, Peru berada di tangga ke-11 dalam rangking FIFA. Dan jika dikaji pasukan Peru telah mengalami peningkatan mendadak dalam rangking FIFA sejak tahun 2014 (53).

Ada peluang atau tidak? Susah untuk dikatakan peluang Peru buat masa ini dek kerana kini FIFA masih lagi memantau aktiviti kerajaan negara Peru yang dikhabarkan telah cuba campur tangan dalam urusan pentadbiran bola sepak mereka. Jika masih lagi berlaku cubaan campur tangan, tempat Peru mungkin akan digantikan dengan pasukan lain. 

Kita harap yang baik-baik sahajalah untuk pasukan bola sepak Peru ini.



Piala Dunia 2018: Denmark

$
0
0


Piala Dunia 2018: Denmark.

Kejayaan Manis 1992.

Apabila ada yang menyebut tentang pasukan Denmark, tidak boleh tidak kita mesti akan teringat pada nostalgia mereka menjuarai Piala Eropaah 1992. Ketika itu Denmark hanyalah dipanggil untuk menggantikan Yugoslavia 11 jam sebelum sepak mula Piala Eropah 1992.

Sejarah sebenarnya banyak mengajar kita erti kesengsaraan dan kerugian. Begitulah yang berlaku kepada Yugoslavia yang secara tiba-tiba bencikan keamanan dan menjadi garang mengangkat senjata berperang saudara.

Bagi pasukan Denmark pula peristiwa ini adalah rezeki besar buat mereka.  Mereka menjadi pilihan automatik menggantikan Yugoslavia kerana pada pusingan kelayakan mereka berada di tempat kedua di belakang pasukan ini. Tiada perbincangan lanjut yang dilakukan dan Persatuan Bola Sepak Denmark tidak mampu menolak tawaran UEFA kerana ini adalah melibatkan reputasi dan hubungan baik dengan Konfederasi Bola Sepak Eropah. Denmark kemudiannya menerima tawaran ini dengan hati yang terbuka.

Mengikut undian pula mereka berada dalam kumpulan yang terdiri daripada Sweden, England dan Perancis. Sekali imbas Denmark melihat peluang mereka agak tipis lebih-lebih lagi wujudnya kelibat pasukan gergasi seperti England dan Perancis.

Denmark melangkah yakin ke Piala Eropah 1992 dengan berbekalkan semangat dan selepas itu segalanya tercatat molek dalam sejarah bola sepak dunia. Negara Viking ini muncul kuasa bola Eropah yang baru dalam tempoh yang singkat selepas menjuarai Piala Eropah 1992.

Kenangan Manis
Mungkin skuad emas Belanda dekad 1970-an, skuad Portugis dekad 1990-an dan juga generasi emas England dekad 1980-an memandang sinis kejayaan ini dan mengaitkannya dengan nasib baik sahaja. Ataupun dalam bahasa bola sepak yang cantik ‘Danish fairy tales’. Tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.

Selain daripada nasib baik yang menyebelahi mereka, kejayaan ini juga berpunca daripada penstrukturan semula liga bola sepak Denmark yang berlaku pada penghujung tahun 80-an. Maka muncullah nama-nama seperti Michael Laudrup, Brian Laudrup, Peter Schmeichel, John Sivebæk dan Lars Olsen antaranya.

Tiga tahun kemudian pasukan Denmark menjuarai Piala Konfederasi 1995 di Arab Saudi selepas menewaskan pasukan Argentina dengan skor 2-0. Kesinambungan kehebatan generasi selepas era ‘Laudrup Bersaudara’ dieteruskan di Piala Dunia 1998 apabila mereka mara sehingga ke peringkat suku akhir. 

Sendu di Penjuru Viking

Selepas daripada era emas ini bola sepak Denmark mula menjadi sendu. Buktinya mereka gagal layak ke Piala Dunia 2006 dan juga Piala Dunia 2014 di Brazil. Ramai yang berpendapat mengekalkan konsistensi adalah jelas masalah utama mereka. Dan kehadiran Denmark setiap 4 tahun adalah lebih kepada melengkapkan jadual pusingan kelayalakan sahaja.

Walaupun begitu Denmark mara ke Piala Dunia 2002 sehingga ke suku akhir dan Piala Dunia 2010 sehingga pusingan kedua. Tetapi impaknya masih minima jika kita bandingkan dengan kejayaan Piala Eropah 1992 mereka. Mampukah bola sepak Denmark kembali berahi dan besinar?

Go Viking!

Sinar di Lembah Viking.

Mujur juga pemain generasi baru seperti Kasper Schmeichel, Simon Kjær, Andreas Christensen, Christian Eriksen dan Thomas Delaney antaranya muncul memberi sedikit sinar harapan kepada pasukan Denmark ini. Dan mengikut purata umur mereka ini dalam usia yang sedap dan sedang ranum mencapai kemuncak karier masing-masing.

Pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018 yang lepas mereka menyudahkannya di tempat kedua di belakang pasukan Poland. Ini membuatkan Denmark terpaksa menentang pasukan Ireland namun ia bukanlah halangan besar buat mereka apabila dengan mudah menumpaskan pasukan tersebut dengan aggregate 5-1. Ia sekaligus melayakan Denmark berada dalam balang undian Piala Dunia 2018.

Undian Piala Dunia 2018 pula meletakkan pasukan yang berada di rangking nombor 12 FIFA ini bersama-sama Perancis naib juara Piala Eropah 2018, Australia bekas handalan OCEANIA dan juga Peru yang sedang mencari semula kegemilangan lama. Macam mana sedara-sedari rasa peluang pasukan Denmark nanti? Kepada pemain manakah hendak disandarkan segala harapan?

Harapan di bahu Eriksen

Jika pasukan Belgium berapi-rapi bangga dengan prestasi semasa Eden Hazard dan juga Kevin De Bruyne, pasukan Denmark juga boleh mendabik dada dengan kewujudan pemain bernama Christian Eriksen.

Sebelum Barcelona mendapatkan tandatangan Coutinho, ada kedengaran bahawa kelab Catalan ini berminat untuk mendapatkan Christian Eriksen. Ini kerana pemain jenis ‘Nombor 10’ jelas sekali amat sesuai dengan corak permainan yang diterapkan oleh pasukan Barcelona. Tetapi akhirnya urusan pembelian dengan kelab Liverpool berjalan lancar dan nama Eriksen dilupakan buat sementara oleh barisan pentadbiran pasukan Bercelona.

Penyelamat Denmark?

Sebagai contoh lihat sahaja hasil kerjanya dengan pasukan Spurs. Setakat artikel ini ditulis, Eriksen sudah menjaringkan 7 gol dalam 26 penampilan. Manakala pada kempen kelayakan yang lepas beliau menjadi penjaring terbanyak pasukan Denmark dengan 8 gol.

Rasanya cukuplah dalil-dalil di atas bahawasanya harapan Piala Dunia buat pasukan Denmark terletak di atas bahu Eriksen. Sah!

Perancangan Åge Hareide untuk Denmark

Nama Åge Hareide sebenarnya agak popular di sekitar negara scandinavian. Sebagai bukti beliau pernah memenangi tiga gelaran liga kebangsaan di Denmark, Sweden dan Norway. Apa yang jelas pengurus yang juga berasal dari Norway ini benar-benar memahami budaya serta perangai pemain bola sepak yang berasal dari rantau ini. Menjadikan tugas beliau agak mudah dan hampir 55 peratus beliau sudah boleh berlapang dada bernafas lega.

Mudah Ketawa
Mengikut sumber rujukan di internet, beliau mula dilantik menjadi pengurus pasukan Denmark pada 10 Disember 2015 bagi menggantikan Morten Olsen yang gagal dalam usahanya membawa Denmark ke Piala Eropah 2016. Dan sasaran  Hareide untuk membawa Denmark ke Piala Dunia berhasil pada tanggal bulan November 2017.

Bagaimana beliau ingin merencana taktikal pasukan Denmark apabila berhadapan dengan pasukan sehandal Perancis? Selincah pasukan Peru? Dan sedegil pasukan Australia? Mari kita semua doakan beliau berjaya dalam tugasan maha berat ini.

Piala Dunia 2018: Argentina

$
0
0

Piala Dunia 2018: Argentina

Wajah uzur penuh kedut Rahmat tidak menghalang dirinya daripada menyedut asap rokok Saat sehingga kempong pipinya. Sehingga nampak tulang rahangnya. Semakin ke penghujung rokoknya, semakin laju pula hisapannya.

Saaaaap...saaaap...puuuuus...Saaaaap...saaaap...puuuuus...

Kerusi malasnya berayun perlahan di hadapan anjung yang dibinanya sendiri. Melepaskan lelah sambil melayan rokok selepas penat turun ke laut adalah syurga kecil bagi nelayan seperti Rahmat. Matanya dikecilkan memandang jauh kejiranan sekitarnya. Susunan rumah kampung yang rapat dan mesra tetangga menjadikan pemandangan jerlus terlihat kepada anjung rumah jiran hadapan. Ya, Rahmat bersyukur kerana mempunyai seorang jiran yang peramah orangnya.

Mat Jambang - jiran Rahmat begitu berkobar mengibarkan bendera Argentina bersempena Piala Dunia yang bakal tiba.

"Woih! Argentina la woih! Ape bendeee Malaysiaaaa." Sergah Mat Jambang pada satu hari dengan rambutnya yang kuning. Mat Jambang memang berperangai cilake. Kalau dia mengejek orang tak apa. Kalau dia kena ejek orang, habis satu kampung dia sembang baktinya sebagai ketua pasukan kompang Kampung Telangi. Eleh..pasukan kompang aje pun.

Rahmat sediakala tahu jirannya itu meminati Argentina. Dia berhajat mengajak Mat Jambang menyertainya melepak di anjung rumah sambil melayan rokok barang sebatang dua.

Keyakinan Kepada Messi dan Argentina

Mat Jambang berjalan tenang ke rumah Rahmat selepas jirannya yang pendiam itu melambai-lambai dari kejauhan persis Ratu Dunia.

Penuh santun Mat Jambang mengambil tempat duduk di sebelah Rahmat. Kerusi yang diperbuat daripada rotan itu tidak berayun seperti yang Rahmat punya. Ia statik namum Mat Jambang masih bersyukur dapat duduk di atas kerusi dan bukannya bersila di atas lantai bagai Hang Tuah melawat Sultan Melaka.

"Kenapa kau panggil aku Rahmat?" Tidak menunggu lama Mat Jambang terus bertanya dengan muka konfiden.

"Saja nak ajak engko borak-borak," balas Rahmat sambil merenung tajam ke dalam biji mata Mat Jambang.

Mereka berdua bertentang mata selama 3 saat. 1, 2, 3...apabila terbit perasaan lain macam, masing-masing kembali memandang ke hadapan. Seperti tiada apa yang berlaku.

"Aku nengok beria betul kau gantung bendera Argentina. Boleh ke Argentina menang Piala Dunia tahun ni?" Soal Rahmat lalu sebatang rokok dan sekotak mancis Superman dihulur kepada Mat Jambang

Mat Jambang menyambut dengan tertib.

"Rokok je? Al-Pacino tak ada?" Mat Jambang cuba-cuba berlawak dengan menukar cappuccino kepada nama seorang aktor veteran terkenal dari Hollywood. Menyedari lawaknya tak berapa 'punch' dan  disambut Rahmat dengan muka kelat, Mat Jambang terus fokus pada rokok yang dihulur oleh jirannya itu.

Rokok dikepit di hujung bibir. Batang mancis dilagakan dengan sekali hentak sahaja di tepi kotak  mancis. Api menyala. Perlahan Mat Jambang merapatkan mancis yang berapi dengan hujung rokok.

Saaaaap...saaaap...puuuuus...Saaaaap...saaaap...puuuuus...

Asap rokok berkepul-kepul dilepaskan dari mulut Mat Jambang. Dia masih memikirkan jawapan yang hendak diberikan kepada Rahmat.

"Kali terakhir Argentina menang Piala Dunia ialah pada tahun 1986. Kejohanan paling gemilang untuk Argentina dan Maradona khususnya. Selepas itu Argentina kemarau kejuaraan sehinggalah pada empat tahun yang lepas di Brazil. Mereka layak ke perlawanan akhir tetapi tewas pula kepada Jerman. Errrrmmmss..entahlah Rahmat. Tapi aku rasa Argentina masih lagi penguasa bola sepak dunia yang sebenar," ulas Mat Jambang panjang lebar. Sedikit keluhan kedengaran sayup di hujung hujahnya.



Rahmat hanya diam mendengar jawapan Mat Jambang dengan penuh teliti sebelum menyambung dengan pendapatnya sendiri.

"Aku rasa pula ada dua atau tiga pasukan yang lagi bagus daripada Argentina sebenarnya. Pertama ialah Brazil, kemudian Jerman dan Sepanyol. Selepas itu barulah Argentina kot aku rasa. Kau jangan marah pulak dengan apa yang aku cakap ni."

"Takkanlah aku nak marah. Dalam meraikan pendapat, kita tak boleh rasa yang kita sentiasa betul. Lagipun aku masih tetap yakin dengan adanya Messi, peluang Argentina untuk menang Piala Dunia tahun ni masih cerah dan terbuka luas. Bersama Argentina, Messi sudah menjaringkan 61 gol dalam 123 penampilan. Bukankah ia satu pencapaian yang maha dahsyat?" Soal Mat Jambang kepada Rahmat.

"Iyelaaah..takkanlah Messi seorang sahaja penyelamat bangsa Argentina? Macam mana dengan pemain-pemain yang lain?" Soalan Mat Jambang dijawab dengan satu lagi soalan oleh Rahmat.

"Rumah engko takde internet ke Rahmat?"

Rahmat menjeling tajam Mat Jambang.

"Heeeee..aku gurau jek. Janganlah marah. Begini ceritanya. Walaupunlah skuad Argentina yang agak berusia ini banyak bergantung kepada Messi, tapi mereka masih memiliki barisan serangan yang mantap. Paulo Dybala dan Mauro Icardi misalnya melalui musim yang hebat bersama Juventus dan Inter Milan sejak dua musim yang lepas. Kedua mereka musim ini menyumbat gol tak kurang daripada 20 jaringan. Masing-masing baru berumur 25 tahun. Mereka inilah masa depan bola sepak Argentina. Si Dyabala ni pula memang serasi apabila bermain dengan Gonzalo Higuaín di Juventus. Haaa..Higuaín ni satu lagi pemain yang perlu diberi fokus. Kalau kena pada aturan formasi, Jorge Sampaoli akan mendapat banyak manfaat pada Piala Dunia nanti."


Mat Jambang berhenti bercakap dan menyedut rokok percuma dengan syahdu serta penuh nikmat. Abunya diketis ke dalam 'ashtray' sebelum dia menyambung kembali...

"Selain itu Argentina juga memiliki Angel Correa yang bermain untuk Atlético Madrid. Pemain yang berusia 23 tahun ini sesuai dijadikan sebagai 'super-sub' seperti mana yang dilakukan oleh Diego Simeone. Sekali imbas beliau seperti jelmaan Carlos Tevez dari segi kualiti dan gaya permainan. Pemain seperti Correa dan Dybala mungkin akan menjadi nadi penting kepada Albiceleste pada kempen Piala Dunia nanti. Jangan dilupa juga kepada Ángel Di María serta dua pemain yang berkelana di China iaitu Ezequiel Lavezzi dan Nicola Gaitan. Power tak Argentina punya berisan serangan?"

Rahmat mengangguk perlahan seakan akur dengan pendapat Mat Jambang.

"Tapikan Naziman Rizky, bila kita lihat pasukan Argentina ni, kita akan nampak 10 penyerang berbisa. Kita bermain bola sepak bukan bergantung pada penyerang sahaja. Pertahanan juga sangat penting. Kau tengok kempen kelayakan Piala Dunia mereka yang lepas. 16 gol mereka telah bolos daripada 18 perlawanan. Ini petanda kurang baik untuk pasukan Argentina. Mungkin sahaja Jorge Sampaoli seorang individu yang bertuah kerana mempunyai barisan serangan yang hebat. Namun begitu beliau masih dikira sebagai tidak bertuah kerana ketiadaan pemain pertahanan yang mantap."

Mat Jambang buat muka terkejut. Bukan kerana mendengar pendapat yang Rahmat lontarkan. Ia adalah disebabkan kerana jirannya itu tahu namanya yang sebenar. Wow!

"Aku tak nafikan apa yang engko cakap tu Rahmat. Buat masa ni aku masih tetap yakin dengan kehadiran Javier Mascherano dan pengaruhnya di atas padang. Nicolas Otamendi juga musim ini agak mantap bersama Manchester City. Selain itu Argentina turut mempunyai Mateo Musacchio dan Federico Fazio yang menyerlah di Serie A. Aaaaahhhh...macam manapun aku tetap akan sokong Argentina masa Piala Dunia nanti. Argentinalah pasukan yang akan menjadi juara. Tidak ragu lagi. Kau sokong Malaysia jugak keeeeee?"

Sekali lagi Mat Jambang cuba berseloroh tetapi tak kena tempat. Rahmat masih dengan muka ketatnya.

"Hehe..janganlah marah..aku gurau jek," Mat Jambang cuba menyejukkan hati Rahmat.

Kedua mereka diam memandang jauh kehadapan. Mat Jambang masih dengan keyakinannya terhadap pasukan Argentina. Manakala Rahmat tetap berahsia tentang pasukan yang disokongnya untuk Piala Dunia nanti. Entah-entah betul dia sokong Malaysia.

Saaaaap...saaaap...puuuuus...Saaaaap...saaaap...puuuuus...

Rahmat dan Mat Jambang a.k.a Naziman Rizky terus menghembus asap rokok mereka sehinggalah matahari terbenam di celahan ufuk barat.


Dari Kaki Ke Pena Hitam: Meletak Jawatan

$
0
0

Rangking FIFA pasukan Malaysia jatuh lagi. Tiada apa yang nak dihairankan. Kita kena terima hakikat pasukan Malaysia tak dapat nak naikkan mata sebab tak terlibat dengan game melawan pasukan yang power. Masa pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pulak kalah memanjang dan tak pergi jauh. Kalau tak silap aku satu jek kemenangan yang dicapai sejak tahun 2016. Macam mana nak tambah mata?

Liga M masih syok sendiri. Jurulatih negara bersilih ganti. Anak muda bawah umur yang power pula masih belum masuk dalam team senior. Dan ini perlukan masa. Depa ni pulak ada yang main pulak dalam Liga M yang korang akan menangis apabila menontonnya. Ya, aku memang tengok bola Malaysia sejak dah ada banyak siaran langsung sekarang ni. Kau sendiri pun ada yang tak sanggup dan mengeluh panjang apabila disuruh menonton Liga M.

Menambah garam di luka ialah Vietnam kini nombor satu di Asia Tenggara. Pasukan belasahan Malaysia suatu masa dahulu. Nampak dah hasil usaha mereka. Malaysia bila lagi?

Presiden FAM pula meletak jawatan dengan menjadikan pencapaian pasukan bawah umur bola sepak Malaysia sebagai penanda aras legasi beliau. Bukankah sejak zaman berzaman lagi memang pasukan bola Malaysia power nak mampos pada usia 23 tahun ke bawah? Sebelum mereka kenal makwe artis? Sebelum mereka beli kereta mewah dan tayang dalam facebook?

Paksi akar umbi dah ada. Pemain muda handalan memang setiap tahun akan keluar. Liga Malaysia masih dalam proses transformasi. Entah apa yang melukakan hati Presiden FAM pun tak tahulah.

Tapi apa yang aku tahu bola sepak Malaysia dah susah nak diselamatkan. Melainkan satu perubahan besar-besaran dapat dilakukan. Bola sepak Malaysia perlu diniagakan dan dijadikan perniagaan. Kita masih mempunyai liga M yang syok sendiri.

Nampak tak dua kali aku ulang frasa "Liga M syok sendiri".

Mana tak syok sendiri, undang-undang Liga dibuat ikut sedap tekak dan dilanggar ikut sedap perut. Kena denda sebab salah sendiri mengamuk sakan nak tarik diri dari liga. Denda pulak serupa nak bawak satu delegasi FAM pergi tunaikan haji balik hari.

Dahlah. Aku nak pergi mesjid bentang sejadah.


Piala Dunia 2018: Iceland

$
0
0

Piala Dunia 2018: Iceland.

Cara Iceland Memperkenalkan Diri Kepada Dunia.

Piala Eropah 2016 telah menjadi titik permulaan Iceland memperkenalkan diri mereka kepada bola sepak dunia. Mereka layak ke kejohanan ini dengan penuh bergaya termasuk menewaskan Belanda di laman sendiri dan di tempat lawan.

Apabila mendapat peluang beraksi di Perancis pula, sekali lagi Iceland mempamerkan persembahan hebat. Antaranya menumpaskan pasukan gergasi England dalam usaha mereka mara sehingga peringkat suku akhir namum ditewaskan pula oleh pasukan tuan rumah Perancis dengan skor 5-2.

Rentetan dari itu serta merta ranking FIFA pasukan Iceland naik daripada tangga 36 ke tangga 21. Lihatlah betapa pentingnya ranking FIFA dalam bola sepak. Ia ibarat cerminan pasukan bola sepak itu sendiri. Jika beraksi sedap, maka lazatlah ranking FIFA mereka. Sebaliknya jika  beraksi sendu pula, maka pilulah menjunam ranking FIFA sesebuah pasukan bola sepak itu.

Inilah semangat juang yang ada pada pendekar Viking yang mana pendekar Melayu seperti kita ini tidak bola nafikan ia begitu sahaja. Jadikan perkara ini sebagai pedoman dalam mengamalkan fahaman bola sepak sejati. Kheeeen?

Program Sistematik Power Ya Amat (PSPYA)

Menurut Persatuan Bola Sepak Iceland, untuk tempoh dua tahun yang lepas terdapat terdapat 179 padang bola sepak di serata negara itu. Ini bermakna satu padang bagi setiap 128 pemain yang berdaftar di Iceland. Ia tidak termasuk dengan 166 padang mini yang dibina menggunakan rumput tiruan.

Namun begitu saudara saudari sekalian, padang sahaja tidak mencukupi bagi melahirkan pemain berbakat. Peningkatan infrastruktur ini turut diiringi satu revolusi kejurulatihan yang mantap.

Pada 2003, tiada seorang pun warga Iceland yang mempunyai lesen kejurulatihan peringkat A atau B Uefa. Tetapi kini jumlah individu yang mempunyai lesen Uefa telah mencecah 800 orang dan mungkin lebih dari itu.

Bolehlah saya simpulkan kejayaan Iceland ini diperolehi beradasarkan gerak rangka kerja yang berdisplin serta etika berpasukan yang dibina padu oleh setiap warga Iceland sama ada kerajaan, rakyat jelata dan juga Persatuan Bola Sepak Iceland itu sendiri.

Dengan populasi penduduk hanya 332,529 orang, Iceland membuktikan saiz populasi negara mereka yang kecil bukanlah penghalang untuk mencari 25 pemain yang mampu bersaing secara kompetitif dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Bagaimana Mereka Layak ke Russia?

Buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan Iceland berjaya layak ke Piala Dunia. Mereka merupakan antara 14 negara Eropah yang akan bersaing di temasya bola sepak terbesar dunia itu yang akan dihoskan oleh Russia.
Kehebatan Iceland menjamin tempat ke Russia 2018 menjadi lebih menakjubkan kerana ada beberapa gergasi bola sepak Eropah lain seperti Belanda dan Itali hanya akan sekadar menjadi penonton apabila kejohanan itu bermula nanti. Kesian.

Ada yang turut mengatakan kejayaan ini merupakan kesinambungan daripada prestasi membanggakan mereka ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Pada waktu itu Iceland hanya tewas 0-2 secara agregat kepada Croatia dalam perlawanan play-off. Selangkah sahaja lagi hendak ke Piala Dunia 2014. Namun belum rezeki mereka lagi.

Bagi menempatkan diri ke Russia, laluan Iceland bagaimanapun tidak semudah yang disangka. Untuk menjuarai kumpulannya dan layak secara automatik ke Russia, pasukan pimpinan Heimir Hallgrimsson perlu mengatasi Croatia, Ukraine dan Turkey - setiap satu daripada tiga negara itu pernah melayakkan diri di suku akhir Piala Dunia sejak 20 tahun lalu.

Dengan mempamerkan semangat juang pendekar Viking, pasukan bola sepak Iceland menamatkan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan menjuarai kumpulan I. Menang tujuh perlawanan, seri dan kalah masing-masing dengan dua perlawanan. Manakala Gylfi Sigurðsson pula muncul sebagai penjaring terbanyak untuk pasukan Iceland dengan empat gol.

Di Piala Dunia 2018 nanti, Iceland diundi bersama pasukan Argentina, Nigeria dan Croatia. Apalah agaknya nasib yang sedang menunggu mereka? Baik atau buruk?

Siapa Pemain Tumpuan?

Kajian secara rambang di internet menunjukkan kesemua 25 pemain dalam skuad Iceland hari ini bermain untuk kelab asing termasuk enam di Britain dan dua di Jerman. Namun siapakah yang akan menjadi tonggak bagi pasukan ini?

Seringkali nama Gylfi Sigurðsson disebut-sebut sebagai nadi pasukan Iceland. Beliau seorang pemain yang bijak membaca permainan dan merupakan pemain penting dalam setiap perubahan  gerakan pasukan Iceland daripada bertahan kepada menyerang. Namun begitu Gylfi Sigurðsson yang berpindah dari Swansea ke Everton dengan bayaran £45 juta telah mengalami kempen yang sedikit mengecewakan pada musim ini.

Selain itu nama-nama seperti Ragnar Sigurðsson (Rostov) pemain pertahanan yang kental, ketua pasukan yang berkarisma - Aron Gunnarsson (Cardiff City), penyerang berbisa si Kolbeinn Sigþórsson (Nantes) dan Arnór Ingvi Traustason (Malmo FF) antara pemain yang perlu diberi perhatian apabila Piala Dunia 2018 bermula.

Kepakaran Doktor Gigi

Heimir Hallgrimsson mengambil alih pasukan Iceland sepenuhnya pasca Piala Eropah 2016. Sebelum itu beliau adalah pengurus pasukan Iceland secara berjemaah bersama seorang lagi lagenda dalam bidang kejurulatihan sekitar 'scandinavia' iaitu Lars Lagerbäck.
Hallgrimsson bertemu dengan Lagerbäck buat kali pertama semasa Hallgrimsson mengambil lesen kejurulatihan 'A' Uefa di England. Dan sepanjang tempoh mereka menguruskan Iceland, sudah pasti banyak ilmu Lagerbäck yang sudah berjaya disedut oleh Hallgrimsson.

Kehebatan Hallgrimsson membawa Iceland layak ke Piala Dunia mendapat perhatian dunia. Sehinggakan Persatuan Bola Sepak Scotland turut berminat untuk mendapatkan sentuhan beliau. Tetapi Hallgrimsson tetap setia dengan Iceland dan mahu menyelesaikan tugasan yang beliau sendiri mulakan ini.

Persefahaman yang jitu serta semangat berpasukan yang tinggi mungkin menjadi ramuan kejayaan pasukan Iceland yang diasuh oleh Hallgrimsson ini. Dalam satu temubual, Hallgrimsson ada menegaskan mengenai kekuatan semangat bepasukan di antara pemain Iceland.

"Jika engkorang nengok pasukan kami, pemain yang berprofil  tinggi seperti Gylfi Sigurðsson adalah yang paling rajin di atas padang. Jika beliau bertungkus lumus, siapa yang berani jadi pemalas dalam pasukan kami? Kami juga pernah ada pemain seperti Eiður Guðjohnsen yang menjulang kejuaraan Champions League serta bermain untuk Chelsea dan Bercelona. Namun dia hanyalah seorang pemain simpanan pada penghujung kariernya. Tetapi dia mampu memberikan sokongan penuh dari bangku simpanan. Dah tu, kenapa orang lain tidak? Hah?"
Viewing all 555 articles
Browse latest View live